950,000 isi rumah HDB akan terima rebat S&CC bernilai S$135 juta
Sekitar 950,000 keluarga yang menetap di flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal menerima Rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) bernilai S$135 juta pada tahun kewangan 2021.
SINGAPURA: Sekitar 950,000 keluarga yang menetap di flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal menerima Rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) bernilai S$135 juta pada tahun kewangan 2021.
Rebat itu diperluaskan di bawah Pakej Bantuan Keluarga bernilai S$900 juta untuk menghulurkan bantuan tambahan kepada keluarga-keluarga tempatan bagi mengharungi keadaan yang serba tidak menentu ini.
Ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (26 Mac).
Rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan bernilai S$135 juta itu akan diberikan untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan keluarga.
Bergantung kepada jenis flat masing-masing, keluarga-keluarga yang layak akan menerima rebat itu bagi tempoh antara sebulan setengah hingga tiga bulan setengah, menurut MOF dalam kenyataan medianya.
Keluarga-keluarga yang layak akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan selewat-lewatnya 1 April.
Rebat tersebut akan diberikan secara automatik pada bulan April, Julai dan Oktober dan juga pada Januari tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.