Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

945 mangsa lesap sekurang-kurangnya S$3.2 juta sejak Jan angkara skim penipuan 'rakan palsu'

Anggaran Waktu Membaca:
945 mangsa lesap sekurang-kurangnya S$3.2 juta sejak Jan angkara skim penipuan 'rakan palsu'

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Polis memberi amaran tentang kemunculan semula skim penipuan "rakan palsu". Seramai 945 mangsa kerugian sekurang-kurangnya S$3.2 juta sejak Januari lalu.

Kes tersebut biasanya melibatkan penipu menghubungi mangsa menerusi kiriman pesanan mesej atau panggilan telefon, yang menyamar kononnya sebagai seseorang dikenali mereka, dan kemudian meminta bantuan kewangan.

"Dalam kes-kes sedemikian, mangsa akan menerima kiriman pesanan mesej atau panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali (dengan atau tanpa nombor pangkal "+65"), mengenal pasti diri mereka sebagai rakan atau kenalan mangsa, dan meminta mangsa tersebut untuk meneka identiti mereka," menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (10 Mac).

"Sebagai respons, mangsa akan memberi nama seseorang kawan yang mereka percaya merupakan individu yang membuat panggilan itu."

Pemanggil tersebut kemudian akan menyamar sebagai individu yang dikenal pasti itu, sambil menyatakan bahawa dia mempunyai nombor telefon baru dan meminta mangsa untuk mengemas kini butiran panggilannya. Misalnya, pemanggil mungkin menyatakan dia kehilangan telefon bimbitnya.

Beberapa hari kemudian, penipu itu akan menghubungi mangsa berkenaan sebagai "rakannya" dan meminta pinjaman wang. Penipu akan memperdaya mangsa bahawa dia tidak dapat melakukan urus niaga perbankan atau sedang dibelenggu masalah kewangan. Dia akan kemudian memberikan mangsa butiran sebuah akaun bank tempatan untuk dipindahkan wang ke dalamnya.

Mangsa akan hanya menyedari bahawa mereka sudahpun ditipu setelah menghubungi rakan sebenarnya itu, yang penipu menyamar sebagai, atau apabila wang mereka tidak dikembalikan sepertimana yang dijanjikan.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan