Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

940,000 isi rumah HDB akan terima rebat baucar GST bagi bil api air bulan ini

Keseluruhannya 940,000 isi rumah rakyat Singapura yang tinggal di flat HDB akan menerima rebat U-Save baucar GST seterusnya, pada bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Sabtu (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2021 01:02PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 04:44PM

SINGAPURA: Keseluruhannya 940,000 isi rumah rakyat Singapura yang tinggal di flat HDB akan menerima rebat U-Save baucar GST seterusnya, pada bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Sabtu (2 Jan).

Daripada semua isi rumah itu, sekitar 155,000 keluarga lebih besar yang mempunyai lima anggota atau lebih pula akan menerima rebat 2.5 peratus lebih tinggi berbanding rebat U-save biasa yang diberikan dalam tahun kewangan 2020, menurut MOF dalam satu kenyataan media.

Ini adalah bayaran U-Save yang keempat bagi tahun kewangan 2020.

Tiga bayaran sudah dikeluarkan pada April, Julai dan Oktober lalu.

Secara keseluruhannya, semua isi rumah rakyat Singapura yang menetap di HDB akan menerima rebat U-Save dua kali ganda berbanding biasa, pada tahun kewangan ini, menurut MOF.

Lazimnya, isi rumah di flat-flat HDB 1- dan 2-bilik menerima rebat U-Save tahunan setara bil api air mereka untuk sekitar tiga hingga empat bulan.

Bersama Bayaran Khas U-Save yang diagihkan awal tahun ini, isi rumah ini akan menerima rebat setara dengan sekurang-kurangnya bil api air untuk enam hingga lapan bulan, menurut MOF.

Isi rumah di flat HDB 3- dan 4-bilik lazimnya menerima sokongan setara bil api air untuk sekitar satu hingga dua bulan. Mereka kini akan mendapat sokongan yang setara bil api air sekurang-kurangnya dua hingga empat bulan.

"Saya berharap bayaran lebih tinggi itu boleh mengimbangi dengan lebih baik perbelanjaan rumah dan membawa keceriaan sedang rakyat menyambut tahun baru," kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (2 Jan).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan