Skip to main content

Singapura

930,000 keluarga bakal terima rebat Baucar GST U-Save bernilai S$300 juta; rebat sehingga S$100 setiap keluarga

Sekitar 930,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat-flat HDB akan menerima rebat Baucar GST U-Save yang seterusnya pada bulan ini. Demikian menurut Kementerian Kewangan MOF pada Selasa (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
930,000 keluarga bakal terima rebat Baucar GST U-Save bernilai S$300 juta; rebat sehingga S$100 setiap keluarga

Blok HDB di Singapura. (Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 12:21PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 12:26PM

SINGAPURA: Sekitar 930,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat-flat HDB akan menerima rebat Baucar GST U-Save yang seterusnya pada bulan ini. Demikian menurut Kementerian Kewangan MOF pada Selasa (2 Apr).

Rebat tersebut adalah sebahagian daripada skim Baucar GST tetap yang diagihkan setiap tiga bulan. Ia membantu keluarga-keluarga yang menetap di HDB untuk menampung bil-bil api air dan mengurangkan perbelanjaan keluarga masing-masing, menurut kementerian itu.

Rebat U-Save bernilai S$300 juta dijangka akan diagihkan tahun ini.

Setiap keluarga yang layak akan menerima rebat sehingga S$100 pada April, bergantung kepada jenis flat HDB masing-masing.

Menurut kementerian itu, rebat tahunan sejajar dengan bil-bil api air selama tiga hingga empat bulan bagi mereka yang menetap di flat HDB satu dan dua bilik.

"Mereka yang menetap di flat HDB tiga dan empat bililk akan menerima rebat sekitar satu hingga dua bulan bil-bil api air mereka," menurut MOF. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita