930,000 keluarga akan terima rebat S&CC bernilai S$132 juta
Sekitar 930,000 keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat bayaran khidmat dan penyenggaran (S&CC) bernilai S$132 juta secara keseluruhan, pada tahun kewangan 2019 (antara April 2019 hingga Mac 2020).
Gambar fail HDB flat di Singapura. (Gambar: Nurfarahhin)
SINGAPURA: Sekitar 930,000 keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat bayaran khidmat dan penyenggaran (S&CC) bernilai S$132 juta secara keseluruhan, pada tahun kewangan 2019 (antara April 2019 hingga Mac 2020).
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (27 Mac), Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan bahawa secara keseluruhannya, setiap keluarga yang layak akan menerima rebat antara 1.5 hingga 3.5 bulan, bergantung kepada jenis flat.
Rebat itu diumumkan semasa Belanjawan 2019 dan ia bertujuan untuk membantu keluarga-keluarga menampung perbelanjaan mereka.
Mulai hujung bulan ini, keluarga-keluarga yang layak akan menerima surat mengandungi perincian lanjut.
Rebat S&CC diagihkan secara tahunan oleh Pemerintah sejak 2013. Ia digunakan untuk mengimbangi bayaran S&CC oleh keluarga-keluarga secara langsung.
Bagi mereka yang membuat bayaran S&CC menerusi GIRO, Majlis Bandaran mereka akan membuat aturan yang perlu dengan bank-bank mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.