930,000 isi rumah HDB terima baucar GST U-Save bulan ini
Sekitar 930,000 isi rumah Singapura di flat-flat HDB akan menerima Rebat U-Save Baucar GST seterusnya pada Julai, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (1 Jul).
Gambar fail blok HDB.
SINGAPURA: Sekitar 930,000 isi rumah Singapura di flat-flat HDB akan menerima Rebat U-Save Baucar GST seterusnya pada Julai, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin (1 Jul).
Rebat yang merupakan sebahagian daripada tetap Baucar GST itu diagihkan setiap tiga bulan untuk membantu isi rumah membiayai bil-bil air api mereka. Rebat U-Save sebanyak S$300 juta dijangka diagihkan tahun ini.
Isi rumah yang layak akan menerima antara S$60 hingga S$100 bergantung pada jenis flat HDB.
"Secara tahunan, Baucar GST-U-Save membolehkan isi rumah di flat-flat satu- dan dua-bilik HDB mendapat sokongan setara dengan kira-kira tiga hingga empat bulan bil air api mereka," menurut MOF.
Bagi keluarga yang menetap dalam flat tiga bilik dan empat bilik, nilai rebat adalah setara satu hingga dua bulan bil air api mereka, tambahnya.
Dengan pelancaran Pasaran Elektrik Terbuka, semua keluarga yang layak akan terus menerima rebat U-Save tidak kira penyedia bekalan elektrik mereka.
Isi rumah yang mempunyai anggota memiliki lebih daripada satu hartanah tidak layak mendapatkan rebat U-Save.
SP Group pada Sabtu mengumumkan tarif elektrik bagi keluarga dinaikkan 6.4 peratus, atau 1.43 sen setiap kilowat jam (kWh) bagi tempoh Julai hingga September iaitu tertinggi dalam hampir lima tahun.
Punca utama kenaikan tersebut adalah harga kos gas asli lebih tinggi bagi penjanaan tenaga elektrik, menurut syarikat itu.
City Gas juga mengumumkan pada Sabtu bahawa tarif gas ke bagi penggunaan rumah akan dinaikkan 1.6 peratus atau 0.30 sen setiap kWh dari Julai hingga September.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.