Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

92% puas hati dengan tahap kebersihan tandas di tempat awam; kedai kopi catat prestasi paling buruk: Tinjauan

Tinjauan kendalian SMU mendapati penduduk tempatan juga mahu piawai kebersihan tandas awam diperketat, namun sekitar 40% tidak sanggup bayar bagi khidmat sebegitu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Aug 2021 07:24PM Dikemas Kini : 18 Aug 2021 09:51PM

SINGAPURA: Tahap kebersihan di kedai-kedai kopi, pusat penjaja dan pasar basah mencatat prestasi paling buruk dalam Tinjauan Tahap Kepuasan Kebersihan Awam tahun ini.

Ini adalah kali pertama tinjauan kendalian Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu mengambil kira kebersihan tandas awam.

Tinjauan itu disertai lebih 2,000 pengunjung.

Secara keseluruhan, warga Singapura puas hati dengan tahap kebersihan di tempat-tempat awam.

Namun tahun ini, ramai yang paling tidak puas hati dengan kebersihan di kedai kopi, dengan tahap kepuasannya merosot lebih 8 peratus berbanding 2019.

Mereka yang ditinjau berpendapat bahawa kerja pembersihan tidak dijalankan secara kerap atau tidak menyeluruh.

Menurut tinjauan itu, ia mungkin kerana kebersihan dianggap lebih penting semasa tempoh pandemik.

Tandas di kedai-kedai kopi dan pusat penjaja dikatakan paling kotor dan aduan yang diterima termasuk bau busuk, tempat duduk tandas yang kotor dan lantai berdaki.

Hampir separuh responden berpendapat kebersihan tandas adalah tanggungjawab individu.

Hampir separuh juga setuju bahawa pemerintah harus menuntut tahap pembersihan yang lebih tinggi daripada para kontraktor pembersihan.

Sungguhpun begitu, hanya kurang 60 peratus responden sanggup bayar bagi khidmat seumpama itu, merosot daripada 71 peratus, dua tahun lalu. 

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan