92% pegawai Home Team sudah divaksin atau daftar bagi vaksinasi COVID-19
92 peratus pegawai Home Team sudah menerima atau mendaftar bagi vaksinasi COVID-19, menekankan lagi komitmen mereka dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di tengah-tengah pandemik.
SINGAPURA: 92 peratus pegawai Home Team sudah menerima atau mendaftar bagi vaksinasi COVID-19, menekankan lagi komitmen mereka dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di tengah-tengah pandemik.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian di majlis pentauliahan tamat Kursus Pegawai Kadet Pasukan Polis Singapura yang ke-73.
Latihan gigih dan pengorbanan yang dilakukan oleh 613 pelatih selama berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil, apabila mereka menerima pentauliahan dalam majlis yang diadakan secara berasingan sejak 13 April lalu.
Mereka termasuk 57 Pegawai Kanan, seorang daripadanya Erna Adlina dinobat sebagai antara kadet terbaik, dengan menerima Pedang Merit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.