91,700 kesalahan pandu laju; 720 kemalangan dicatat dalam 8 bulan pertama 2022
Bilangan kes membabitkan kesalahan memandu melebihi had kelajuan meningkat dalam lapan bulan pertama tahun ini.
Gambar fail trafik di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
Sejauh ini, lebih 91,700 kesalahan dan hampir 720 kemalangan dicatatkan.
Perangkaan itu adalah antara keprihatinan utama polis Singapura sedang keadaan lalu lintas kembali normal.
Motosikal-motosikal putih lazim kelihatan di lebuh raya atau di tempat-tempat kemalangan.
Sebelum dibenarkan meronda jalan raya, para pegawai perlu mengikuti kursus di litar polis terlebih dahulu.
Ia merangkumi kursus menunggang asas selama lapan minggu dan kursus mengiringi orang-orang kenamaan atau VVIP.
Para pegawai yang lebih berpengalaman pula menyertai Pasukan Operasi Khas.
Dilengkapi motosikal hitam, mereka ditugaskan operasi lebih mencabar seperti kegiatan lumba haram dan mengejar kenderaan yang cuba mengelakkan pihak berkuasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.