9,000 jemaah dirikan solat Aidiladha pada hari pertama pembukaan semula Masjid Darul Makmur
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 9,000 jemaah mendirikan solat Aidiladha dalam dua sesi solat di Masjid Darul Makmur yang dibuka semula pada Sabtu (7 Jun).
Sesi pertama diadakan pada jam 7.15 pagi manakala yang kedua pula pada pukul 9.15 pagi.
Jarak waktu kira-kira sejam itu bagi membolehkan jemaah daripada sesi pertama keluar dahulu dan elak kesesakan bagi jemaah yang datang untuk sesi kedua.
PERLU TUTUP PAGAR AWAL, ELAK KESESAKAN
Seawal jam 6.30 pagi lagi, jemaah datang bertali arus dan kira-kira 10 minit sebelum sesi pertama solat Aidiladha bermula, para pegawai masjid terpaksa menutup pagar masjid kerana ruang solat sudah penuh.

Lebihan jemaah terpaksa menunggu bagi sesi kedua solat Aidiladha.
Masjid yang baru dipertingkat itu kini boleh menampung sekitar 4,600 jemaah dalam satu-satu masa berbanding kira-kira 3,000 sebelum ini.
DR FAISHAL BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG
Sesi pertama solat Aidiladha di situ dipimpin oleh Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Dalam khutbahnya, beliau menekankan betapa keimanan dan keyakinan itu sebagai teras pengorbanan.

Ibarat sirih pulang ke gagang, beliau yang merupakan mantan Anggota Parlimen GRC Nee Soon gembira dapat bertemu kembali para penduduk Yishun di masjid yang baru dibuka semula ini.
Dr Faishal berkhidmat di GRC Nee Soon selama lebih sedekad dari 2011 hingga 2025.
"Ini adalah satu satu detik manis yang mempunyai banyak kemanisan kepada penduduk-penduduk Islam dan juga pada saya kerana saya masih ingat dulu apabila kita memulakan perbincangan dan juga saluran untuk memberikan ruang sembahyang kepada masyarakat. Alhamdulillah sambutannya sangat baik dari mana bukan sahaja mereka gembira tapi saya dapat melihat talian emosi yang mendalam," kata Dr Faishal yang kini merupakan Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade-Bradell Heights.

Beliau juga memberi kemas kini tentang keadaan jemaah haji di Tanah Suci.
Kumpulan pertama jemaah Singapura dijangka kembali ke tanah air pada Jumaat ini (13 Jun).
"Alhamdulillah, mereka semua berada di Makkah dengan selamat dan mereka telah menunaikan ibadah mereka di mana mereka telah wukuf di Arafah dan juga telah melakukan lontaran di jamrah yang pertama. Jadi, mereka telah pulang ke Shisha dan saya rasa gembira kerana walaupun cuaca di sana panas tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita menjaga kemaslahatan mereka," kata Dr Faishal.

Selepas solat Aidiladha, beliau turut disertai dua AP GRC Nee Soon iaitu Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional, K Shanmugam dan Dr Syed Harun Alhabsyi beramah mesra dengan para jemaah.
PENYEMBELIHAN KAMBING KORBAN DI AUSTRALIA DIJANGKA SELESAI 10 JUN
Di samping itu, beliau juga tersentuh melihat sikap ihsan para penduduk Islam setempat yang menyumbangkan 10 tan daging korban buat mangsa-mangsa perang di Gaza menerusi SalamSG Korban.
"Yang paling menyentuh hati saya adalah bagaimana bukan sahaja mereka hendak menjalankan ibadah korban tetapi mereka sedia untuk menyalurkan bakti dan juga menyumbang kepada kemaslahatan penduduk penduduk di luar negara. Mereka nak menolong. Kalau kita lihat masyarakat kita ini murah hati dan ini adalah satu ciri-ciri yang penting dan saya rasa bangga dengan ciri-ciri ini dan juga kita akan memberikan sokongan kepada mereka di Gaza " kata Dr Faishal.

Daging-daging kambing itu akan diproses dahulu dan dipek dalam tin sebelum dihantar ke Gaza.
Penyembelihan kesemua kira-kira 5,700 haiwan korban akan dilakukan di beberapa lokasi di Australia.
Menurut SalamSG Korban, ia dijangka selesai sebelum Asar waktu Singapura pada Selasa (10 Jun).

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.