Skip to main content

Singapura

900 tempat kerja diperiksa; 10 didenda langgar langkah pengurusan selamat

Sejak awal bulan ini, 10 syarikat dikenakan denda kerana melanggar langkah pengurusan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Apr 2021 05:35PM Dikemas Kini : 24 Apr 2021 09:47PM

SINGAPURA: Sejak awal bulan ini, 10 syarikat dikenakan denda kerana melanggar langkah pengurusan selamat.

Ini menyusuli pemeriksaan ke atas hampir 900 tempat kerja yang dilakukan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Salah satu daripadanya membabitkan tempat kerja seorang pesakit COVID-19 yang merupakan kes jangkitan dalam masyarakat.

Syarikat penghantaran itu diarah tutup kerana melakukan beberapa kesalahan.

Ia termasuk kurang penanda jarak selamat di dalam bilik mesyuarat, di mana kerusi-kerusi diletakkan kurang semeter antara satu sama lain.

Pemeriksaan suhu badan yang kerap atau SafeEntry juga tidak dilakukan.

Di samping itu, ia juga tiada rekod pembersihan, pemeriksaan dan rancangan-rancangan pemantauan yang lain.

Sejak 5 April lalu, lebih ramai orang dibenarkan kembali ke tempat kerja dan MOM menyatakan ia akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pihak majikan mematuhi peraturan COVID-19.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita