Skip to main content

Singapura

900 pembeli flat batalkan permohonan BTO pada 2018

Sekitar 900 pembeli flat HDB membatalkan permohonan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di Parlimen hari ini (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
900 pembeli flat batalkan permohonan BTO pada 2018

Orang ramai melihat model flat BTO di Hab HDB. (Gambar: TODAY/Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 15 Jan 2019 03:31PM Dikemas Kini : 15 Jan 2019 03:32PM

SINGAPURA: Sekitar 900 pembeli flat HDB membatalkan permohonan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di Parlimen hari ini (15 Jan).

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Ang Wei Neng, Encik Wong mendedahkan 25 peratus permohonan yang dibatalkan adalah tempahan bagi flat dua bilik Flexi atau yang serupa, 15 peratus bagi flat tiga bilik, 38 peratus bagi flat empat bilik dan 22 peratus lagi bagi flat lima bilik.

Beliau menambah, antara sebab-sebab utama pembatalan permohonan flat BTO adalah pembeli mengubah rancangan mereka (misalnya pembeli memutuskan untuk terus tinggal di flat mereka atau membeli flat jualan semula), atau berdepan dengan masalah kewangan yang menjejas pembelian flat.

Bergantung kepada jenis flat, para pembeli yang membatalkan permohonan sebelum menandatangani Perjanjian Pajak tidak akan mendapatkan semula yuran tempahan masing-masing, yang bernilai antara S$500 hingga S$2,000, tambah Encik Wong.

Sekiranya pembeli membatalkan tempahan selepas menandatangani Perjanjian Pajak, para pembeli perlu membayar denda bernilai lima peratus daripada harga flat. Mereka juga perlu menunggu selama setahun sebelum dibenarkan membuat permohonan baru BTO.

"Langkah-langkah ini dikuatkuasakan bagi memastikan para pembeli serius apabila membuat permohonan flat, dan tidak menjejas peluang pembeli lain yang benar-benar perlu membeli sebuah flat," kata Encik Wong. "Namun, jika ada sebab munasabah, mengikut kes-kes tertentu, HDB tidak akan mengenakan denda." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita