Skip to main content

Singapura

900 individu kurang upaya diberi bantuan cari kerja setiap tahun: MOM

Sekitar 900 individu kurang upaya dibantu untuk mencari kerja setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
900 individu kurang upaya diberi bantuan cari kerja setiap tahun: MOM

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 07 Feb 2024 05:51PM
SINGAPURA: Sekitar 900 individu kurang upaya dibantu untuk mencari kerja setiap tahun.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), sekitar 500 daripada mereka berjaya mendapatkan pekerjaan.

Lebih 80 peratus pula kekal bekerja selama sekurang-kurangnya enam bulan.

Di sidang Parlimen hari ini (7 Feb), beberapa Anggota Parlimen (AP) bertanya sama ada strategi-strategi sedia ada berkesan bagi membantu golongan tersebut.

"Demi meningkatkan peluang pekerjaan bagi individu-individu kurang upaya, kami menyasarkan untuk meningkatkan keupayaan mereka diambil bekerja dan meluaskan rangkaian dan jumlah majikan inklusif menerusi usaha 'seluruh masyarakat'.

"Majikan dan rakan masyarakat seperti agensi-agensi khidmat sosial bagi golongan kurang upaya, memainkan peranan penting dalam menyokong golongan kurang upaya mendapatkan pekerjaan.

"Ini termasuk latihan, berkongsi amalan-amalan terbaik dan melaksanakan pengambilan pekerja secara inklusif di tempat kerja," kata Menteri Negara Tenaga Manusia, Gan Siow Huang.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita