900,000 keluarga terima rebat U-Save pada Oktober
Sekitar 900,000 keluarga yang tinggal di flat HDB akan menerima rebat sehingga S$95 untuk membantu membiayai sebahagian daripada bil api air mereka bulan ini, menurut Kementerian Kewangan hari ini (1 Okt).
SINGAPURA: Sekitar 900,000 keluarga yang tinggal di flat HDB akan menerima rebat sehingga S$95 untuk membantu membiayai sebahagian daripada bil api air mereka bulan ini, menurut Kementerian Kewangan hari ini (1 Okt).
Keluarga yang layak akan menerima rebat bernilai antara S$55 dengan S$95, bergantung kepada jenis flat HDB masing-masing, dalam agihan terkini skim Baucar GST rebat U-Save.
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2018, keluarga-keluarga yang layak akan menerima tambahan S$20 setahun (S$5 setiap suku) selama tiga tahun, dari 2019 hingga 2021. MOF menyatakan ia bagi membantu keluarga untuk menyesuaikan diri dengan cukai karbon apabila ia dilaksanakan bermula tahun 2019.
Rebat U-Save itu adalah salah satu daripada komponen di bawah skim tetap Baucar GST, diberikan setiap tiga bulan.
Ia bertujuan membantu menampung sebahagian kos bil api air dan mengurangkan perbelanjaan keseluruhan keluarga.
Rebat U-Save dijangka menelan belanja S$280 juta setiap tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.