Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

900,000 keluarga dijangka terima rebat baucar GST bulan ini; sehingga $100 bergantung kepada jenis flat

Sekitar 900,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Baucar GST U-Save seterusnya pada bulan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2019 01:44PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 10:45PM

SINGAPURA: Sekitar 900,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Baucar GST U-Save seterusnya pada bulan ini. Demikian diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (2 Jan).

Rebat itu yang merupakan sebahagian daripada skim Baucar GST kekal, diagihkan setiap tiga bulan. Keluarga-keluarga yang menetap di flat-flat HDB boleh menggunakan rebat tersebut untuk melunaskan sebahagian bil air api dan mengurangkan perbelanjaan keseluruhan.

Rebat U-Save dijangka bernilai sekitar S$300 juta pada 2019, menurut MOF dalam kenyataan medianya.

Pada bulan ini, keluarga-keluarga akan menerima Baucar GST - U-Save sehingga S$100 bergantung kepada jenis flat HDB mereka.

Kementerian itu menyatakan bahawa baucar-baucar tersebut akan membantu keluarga-keluarga yang menetap di flat satu dan dua bilik.

Secara purata, rebat tahunan itu berupaya menampung bil api air sekitar tiga hingga empat bulan, menurut MOF.

"Mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik akan menerima sokongan serupa iaitu sekitar satu hingga dua bulan daripada bil api air mereka," tambahnya.

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2018, keluarga-keluarga yang layak akan menerima tambahan S$20 setiap tahun (S$5 setiap suku) bagi tempoh tiga tahun dari 2019 hingga 2021, menurut kementerian itu lagi.  

Sumber : CNA/AI/ai

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa