Skip to main content

Singapura

900,000 keluarga di flat HDB terima rebat Baucar GST bulan ini

Sekitar 900,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Baucar GST U-Save yang seterusnya pada bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Apr 2018 11:26AM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 10:37PM

SINGAPURA: Sekitar 900,000 keluarga rakyat Singapura yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Baucar GST U-Save yang seterusnya pada bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (2 Apr).

Rebat tersebut yang merupakan sebahagian daripada skim Baucar GST tetap, diberi setiap tiga bulan. Ia membantu keluarga-keluarga yang tinggal di flat HDB untuk menampung sebahagian bil api air dan mengurangkan perbelanjaan keseluruhan.

April ini, keluarga-keluarga yang layak akan menerima Baucar GST U-Save sehingga S$95 bergantung kepada jenis flat HDB mereka.

Seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2018, keluarga yang layak akan menerima tambahan S$20 setiap tahun bagi tempoh tiga tahun dari 2019 hinigga 2021.

“Ini akan membantu keluarga-keluarga menyesuaikan diri dengan cukai karbon apabila ia dilaksanakan bermula 2019. Secara purata, kenaikan U-Save akan menampung peningkatan perbelanjaan elektrik dan gas yang dianggarkan bagi flat-flat HDB menyusuli pengenalan cukai karbon,” demikian menurut MOF dalam kenyataannya. 

Related article image
Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita