90% warga emas yang beli flat Flexi 2 bilik pilih tempoh pajakan lebih pendek
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 90 peratus warga emas yang bertukar ke flat Flexi 2 bilik, memilih tempoh pajakan antara 15 hingga 45 tahun, berbanding tempoh penuh 99 tahun.
Tempoh lebih singkat itu bermakna mereka akan mempunyai lebih banyak wang dalam tangan untuk persaraan, setelah menjual rumah yang lebih besar.
HDB mengatakan hampir semua flat Flexi 2 bilik dengan tempoh pajakan bawah 45 tahun, berharga kurang S$200,000.
Meskipun tempoh pajakan lebih singkat menjadi pilihan, ia masih dapat menampung warga emas dan pasangannya, sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya 95 tahun.
Flat Flexi 2 bilik popular dalam kalangan warga emas dengan tiga daripada lima flat sedemikian ditempah oleh mereka.
Sekitar 2,300 isi rumah yang telah berpindah ke flat lebih kecil, turut mendapat manfaat daripada Bonus Perumahan untuk Warga Emas.
HDB akan terus menawarkan flat Flexi 2 bilik di samping Apartmen Jagaan Masyarakat yang mesra warga emas, dalam tawaran penjualan flat-flat BTO akan datang.

Sumber : CNA/MU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.