Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

90 pusat ujian pantas COVID-19 beroperasi di seluruh negara

Terdapat lebih 90 pusat ujian pantas COVID-19 yang beroperasi kini berbanding kira-kira 60 pada awal minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2021 07:42PM Dikemas Kini : 25 Dec 2021 11:31PM

SINGAPURA: Terdapat lebih 90 pusat ujian pantas COVID-19 yang beroperasi kini berbanding kira-kira 60 pada awal minggu lalu.

Ia sebahagian daripada usaha untuk menggandakan rangkaian pusat ujian itu dan menjadikan ujian COVID-19 sebagai sebahagian amalan biasa di Singapura.

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menyatakan sebanyak 13,000 ujian COVID-19 dilakukan di pusat-pusat sedemikian setiap hari.

Sebuah pusat ujian pantas di Bukit Panjang mula beroperasi pada Isnin lalu dan purata setiap hari, sekitar 200 orang melakukan ujian di sana.

Seperti pusat-pusat ujian pantas yang lain, ia mahu mengesan kes-kes COVID-19 lebih awal dan memupuk kebiasaan orang ramai untuk menjalani ujian tersebut.

Setiap Ujian Pantas Antigen (ART) di pusat-pusat seumpama itu dikenakan bayaran S$15.

Menurut pengendali TheTestingPro, kit-kit ujiannya dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Bagi melakukan ujian di pusat tersebut, orang ramai boleh datang terus tanpa perlu membuat janji temu. Namun, hanya mereka yang tidak mempunyai gejalan selesema dibenarkan masuk.

Selepas swab dilakukan, hasil ujiannya akan diberitahu dalam masa 15 minit melalui emel atau kiriman pesanan teks ringkas.

Bagi mereka yang disahkan positif COVID-19, MOH akan menghantar arahan khusus kepada mereka.

Kebanyakan yang datang ke sana melakukan ujian rutin untuk keperluan bekerja atau ujian wajib selepas pulang dari luar negara.

Doctor Anywhere turut menubuhkan rangkaian ujian pantas COVID-19 sejak Isnin lalu. Kesemua lapan klinik dan pusat ujian di Marina Bay Sands miliknya kini melakukan sekitar 500 ujian sehari.

Healthway Medical pula mengendalikan dua pusat ujian di Chinatown dan satu di Funan. Setiap tempat itu boleh melakukan sehingga 200 ujian sehari.

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan