Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

90% peniaga kawasan kejiranan terap sekurang-kurangnya 1 kaedah digital

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jan 2023 08:23PM Dikemas Kini : 05 Jan 2023 08:54PM
SINGAPURA: Usaha membantu para peniaga estet perumahan mendakap pendigitalan sejak beberapa tahun lalu sudah mula membuahkan hasil.

Hampir 90% peniaga sudah menerapkan sekurang-kurangnya satu kaedah digital, contohnya e-bayaran.

Namun masih wujud pelbagai cabaran untuk golongan itu mendakap usaha pendigitalan seterusnya.

Carv Artisanal Butchery yang erletak di satu sudut Braddell Road, menawarkan potongan khas daging serta pelbagai jenis keju, baik di kedai mahupun dalam talian.

Ia juga memanfaatkan sistem bayaran elektronik atau EPOS yang memudahkannya pengurusan inventori dan urus niaga harian, serta program pelanggan yang setia dengan menawarkan rebat sebanyak tiga peratus.

Hasilnya, kadar penjualan meningkat 10 peratus.

Seterusnya Carv ingin menyepadukan kesemua sistem digital yang diterapnya, agar maklumat tentang penjualan serta profil pelanggan dapat dikongsi pelbagai platform miliknya.

Namun bagi sebilangan peruncit di estet-estet perumahan, usaha mendakap pendigitalan tidak mudah, walaupun dengan bantuan pemerintah.

Geran Huraian Daya Pengeluaran (PSG) menyediakan dana kepada para peniaga yang ingin menerapkan huraian yang diiktiraf.

Tetapi, bukan mudah untuk mendapatkan huraian yang benar-benar sesuai, terutama bagi golongan yang kurang terdedah kepada pendigitalan.

Sebilangan huraian tersebut adalah terlalu kompleks untuk peniaga di estet perumahan. Mereka hanya perlu beberapa fungsi asas. Oleh itu, perubahan yang ditawarkan oleh PSG mungkin tidak sesuai, kerana ia bergantung kepada keperluan para peruncit.
 
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan