Skip to main content

Singapura

90% penduduk S'pura pakai pelitup di luar rumah: tinjauan REACH

Hampir 90 peratus penduduk Singapura mengatakan mereka memakai pelitup apabila berada di luar rumah, malah sebelum ia dijadikan mandatori pada 14 Mei lalu sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Apr 2020 10:16PM Dikemas Kini : 20 Apr 2020 10:19PM

SINGAPURA: Hampir 90 peratus penduduk Singapura mengatakan mereka memakai pelitup apabila berada di luar rumah, malah sebelum ia dijadikan mandatori pada 14 Mei lalu sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Ini menurut satu tinjauan online yang dijalankan unit maklum balas pemerintah REACH ke atas sekitar 1,000 penduduk tempatan.

Lebih 80 peratus responden juga berkata mereka memerhatikan langkah-langkah jarak selamat apabila berada di luar.

Peratusan responden yang hampir sama juga mengatakan mereka tidak berkumpul dengan mereka yang tidak tinggal sebumbung.

Tinjauan itu juga mendapati hampir 20 peratus rakyat Singapura merasakan kesan daripada langkah-langkah yang dikuatkuasakan pemerintah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Keprihatinan mereka berkisar tentang sekatan pergerakan, masalah kewangan kerana hilang sumber pendapatan dan gangguan kepada pekerjaan. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita