90% penduduk kampung utama Pulau Ubin bakal manfaatkan sumber daya tenaga suria
SINGAPURA: Kuasa suria mungkin dapat memenuhi 90 peratus keperluan tenaga bagi para penduduk di perkampungan utama Pulau Ubin tahun depan.
Ini menyusuli pelbagai inovasi yang diterapkan di pulau itu agar ia lebih selesa untuk dihuni.
Pihak berkuasa akan memasang apa yang dipanggil "bumbung hijau yang dingin" agar dapat menjadikan panel-panel suria lebih cekap.
Ia akan disambungkan kepada sistem simpanan tenaga yang canggih agar bekalan elektrik kekal stabil walaupun pada hari-hari mendung.
Bekalan kuasa suria itu akan disalurkan kepada grid tenaga di kampung itu, yang nanti akan menjangkau kawasan lebih luas, agar lebih ramai penduduk dapat meraih manfaatnya.
Sistem grid tersebut kini 85 peratus menggunakan bahan bakar diesel.
"Saya percaya usaha ini bersama tidak akan hanya meningkatkan, memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di Ubin tetapi juga memastikan kita melanjutkan usaha untuk mengekalkan warisan dan kepelbagaian hayatnya yang unik serta kemampanan sekitaran," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.