Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

90% pekerjaan HR akan terjejas teknologi dalam 3-5 tahun: Kajian

Sekitar 90 peratus pekerjaan sumber manusia (HR) akan terjejas oleh perkembangan teknologi dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Dec 2020 09:24PM Dikemas Kini : 10 Dec 2020 09:27PM

SINGAPURA: Sekitar 90 peratus pekerjaan sumber manusia (HR) akan terjejas oleh perkembangan teknologi dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Demikian menurut kajian yang dijalankan syarikat insurans Willis Towers Watson.

Sebanyak 27 peranan HR dijangka terjejas dengan lapan daripadanya dianggap berisiko tinggi.

Kebanyakannya di peringkat Eksekutif dan Bersekutu dalam bidang pengurusan bakat, prestasi dan ganjaran serta pengembangan organisasi.

Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) menggesa para karyawan agar mempertingkatkan kemahiran menerusi pelbagai kaedah.

Ini termasuk Program Rakan Kongsi Pengetahuan yang dilancarkan untuk membawa bersama pihak berkepentingan industri dari seluruh ekosistem HR dalam satu platform.
 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan