90% graduan baharu dapat pekerjaan 6 bulan selepas tamat pengajian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 90 peratus daripada graduan baharu tahun lalu berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian.
80 peratus daripada mereka mendapatkan pekerjaan tetap sepenuh masa.
Kadar itu adalah serupa dengan paras sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Namun setelah mengambil kira cabaran ekonomi sedia ada, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng memberitahu Parlimen, pemerintah sedang memantau keadaan.
Pemerintah juga bersedia untuk menawarkan bantuan.
Sentimen pengambilan pekerja merosot pada suku ketiga tahun ini, dengan keadaan pasaran buruh secara keseluruhannya kekal ketat.
Walaupun jumlah jawatan kosong semakin berkurangan, ia masih tinggi di tahap sekitar 88,000 sehingga Jun.
Nisbah jawatan kosong berbanding jumlah individu yang mengganggur juga berkurangan, kepada sekitar 1.94 ketika ini.
"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan kami bersedia membantu para siswazah kami," kata Dr Tan.
"Para siswazah baharu boleh merujuk kepada Pembimbing Pendidikan dan Kerjaya di Institut Pengajian Tinggi masing-masing sekiranya mereka memerlukan bantuan dalam usaha mencari pekerjaan atau memanfaatkan khidmat pemadanan kerjaya Agensi Tenaga Kerja Singapura," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.