Skip to main content

Singapura

9 saranan kitar semula barangan isi rumah dibentangkan

Sebuah kumpulan kerja rakyat yang menyasarkan untuk menangani isu kitar semula barangan isi rumah sudah membentangkan saranan-saranan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Oct 2019 09:50PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 10:29PM

SINGAPURA: Sebuah kumpulan kerja rakyat yang menyasarkan untuk menangani isu kitar semula barangan isi rumah sudah membentangkan saranan-saranan mereka.

Kesemua idea-idea dari sesi keempat dan kelima itu akan digabungkan dalam satu laporan untuk disemak Kementerian Sekitaran dan Sumber Air.

Sebanyak sembilan saranan dibentangkan di sesi terakhir #RecycleRight hari ini (20 Okt).

Antaranya, sistem yang membolehkan orang ramai untuk menghantar botol-botol plastik dan mendapatkan wang deposit mereka.

Para peserta mengambil masa hampir sebulan bagi menghasilkan idea-idea mereka.

Bahkan, kumpulan yang menghasilkan 'Sistem Deposit dan Pulang' itu meninjau seramai 1,000 orang untuk mendapatkan maklum balas.

Idea-idea lain termasuk tong-tong kitar semula lutsinar bagi mengecam barangan tercemar dengan lebih baik, serta kempen-kempen pendidikan hijau menerusi rangkaian masyarakat keagamaan.

Pihak berkuasa akan memberikan responsnya terhadap saranan-saranan itu akhir November ini.

Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor, berharap sesi itu bukan sahaja mendapatkan pendapat dan saranan orang ramai, malah dapat memupuk kerjasama dengan rakyat.

Sebuah lagi kumpulan kerja akan dilancarkan tahun depan yang menumpukan kepada penggunaan plastik sekali guna.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita