Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 penulis buku Melayu disenarai pendek bagi anugerah Hadiah Sastera Singapura 2018

Penulis novel Bunga Tanjong terbitan Mediacorp Eaglevision, antara yang disenarai pendek bagi Hadiah Sastera Singapura yang berprestij tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Penulis novel Bunga Tanjong terbitan Mediacorp Eaglevision, antara yang disenarai pendek bagi Hadiah Sastera Singapura yang berprestij tahun ini.

Ini merupakan pengiktirafan ketiga buat Encik Hamed Ismail.

Lapan lagi penulis Melayu disenarai pendek bagi anugerah anjuran Majlis Buku Singapura (SLP) yang diumumkan hari ini (19 Jun).

Hadiah Sastera Singapura bertujuan mengiktiraf bakat sastera tempatan melalui karya-karya cemerlang penulis dalam empat bahasa rasmi Singapura.

Sembilan penulis Melayu yang disenarai pendek merupakan antara 50 penulis Singapura yang bersaing bagi hadiah kesusasteraan terbaik tahun ini.

Mereka menulis dalam tiga genre berbeza iaitu buku fiksyen, buku bukan cereka kreatif dan buku puisi.

Bagi Encik Hamed Ismail, novelnya Bunga Tanjong merupakan satu usaha rentas media daripada skrip rancangan televisyen yang menjadi sebuah novel.

"Bunga Tanjong ini adalah satu usaha pemindahan transmedia daripada bentuk skrin TV itu, kita ubah, kita alihkan kepada penulisan novel. Sudah tentu genre penulisan itu berbeza. Saya harus ubah suaikan. Bila kita ubahkan kepada penulisan novel, saya harus memberikan satu pendekatan yang berbeza menggunakan banyak perkataan, kata-kata deskriptif," jelas beliau.

Encik Farihan Bahron, 39 tahun pula satu-satunya penulis Melayu yang mendapat pengiktirafan bagi dua kategori iaitu buku puisi dan fiksyen.

Beliau berkata: "Pertama sekali memang teruja dan kedua, saya rasa pengiktirafan ini juga satu titik mula bagi saya unuk melahirkan lebih banyak karya yang mungkin bergegaskan pemikiran yang lebih berat mungkin."

Selain Encik Farihan, penulis Encik Djohan A Rahman, Encik Adam Fadila dan Cik Sharifah Mohamed mendapat pengiktirafan buat julung-julung kalinya.

Penulis buku Melayu lain yang turut disenarai pendek ialah Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, Encik Ahmad Md Tahir, Peter Augustine Goh dan Encik Yazid Hussein.

Setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak S$10,000 dan plak khas.

Buat pertama kalinya, masyarakat awam boleh menghadiri majlis anugerah pada 6 Ogos nanti di mana para pemenangnya akan diumumkan.

Bakal berlangsung di Auditorium Stephen Riady, pendaftaran secara percuma boleh dibuat melalui laman Peatix.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan