Skip to main content

Singapura

9 orang termasuk kanak-kanak 6 tahun dibawa ke hospital selepas bas mini terbalik di CTE

Seramai sembilan orang dibawa ke hospital pada Isnin (7 Feb) pagi selepas sebuah bas mini terbalik di CTE.

Anggaran Waktu Membaca:
 9 orang termasuk kanak-kanak 6 tahun dibawa ke hospital selepas bas mini terbalik di CTE

Gambar bas mini yang terbalik. (Gambar: Singapore Silly Cyclists/Muhammad 'Ambari/Facebook)

SINGAPURA: Seramai sembilan orang dibawa ke hospital pada Isnin (7 Feb) pagi selepas sebuah bas mini terbalik di CTE.

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar pukul 8.10 pagi.

Mangsa-mangsa - berusia antara enam hingga 60 tahun - berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, menurut polis. Siasatan masih dijalankan.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kemalangan jalan raya itu berlaku di CTE di jalan susur keluar ke Seletar West Link.

Dua orang dibawa ke Hospital Besar Sengkang manakala lagi tujuh dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Gambar-gambar kemalangan, yang dikongsikan secara meluas online, menunjukkan bas mini itu menghadang jalan raya. Cermin depan kenderaan itu remuk dan bumbung bas mini itu juga rosak.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita