9 orang disiasat kerana disyaki terlibat dalam penipuan sokongan teknikal
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SINGAPURA: Sembilan sedang membantu dalam siasatan polis atas penglibatan dalam penipuan bantuan teknikal, dedah Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (29 Mac).
Suspek tersebut terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 32 hingga 57 tahun, dipercayai menjalankan penipuan tersebut dengan mencuri wang mangsa.
Suspek dikenal pasti berikutan operasi antipenipuan yang dilaksanakan daripada Isnin (25 Mac) hingga Khamis (28 Mac) oleh Jabatan Ehwal Komersil (CAD) dan tujuh divisyen polis.
SPF menyatakan ia menerima sekurang-kurangnya 78 laporan penipuan bantuan teknikal sejak Januari, dengan kerugian sebanyak S$6.7 juta.
Dalam penipuan tersebut, mangsa akan menerima mesej di komputer yang menyatakan peranti mereka digodam. Mesej tersebut akan disertakan dengan nombor telefon yang harus dihubungi untuk mendapatkan "bantuan teknikal".
Ketika mangsa menghubungi salah satu nombor telefon tersebut, mereka akan bercakap bersama penipu yang menyamar sebagai kakitangan Microsoft atau Apple, yang mendakwa bahawa peranti mangsa digodam, dan digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti haram.
Si penipu kemudian akan mengarahkan mangsa untuk memasuki laman web atau memuat turun perisian yang akan memberikan mereka akses jarak jauh kepada peranti mangsa.
Untuk meyakinkan lagi mangsa, panggilan itu akan diserahkan kepada seorang pegawai penguatkuasa undang-undang, yang akan menggunakan fungsi akses jarak jauh dan berpura-pura untuk membuat laporan polis melalui laman web palsu, tambah SPF.
Penipu kemudian akan mengarahkan mangsa kepada akaun perbankan internet untuk membantu menangkap "penggodam".
Sebaik sahaja mangsa log masuk, penipu akan menggunakan fungsi akses jarak jauh untuk melakukan transaksi yang tidak dibenarkan melalui akaun bank mangsa.
Menurut SPF, penipu juga akan mengarahkan mangsa dalam beberapa kes untuk membuat akaun mata wang kripto, atau memberi kata laluan sekali sahaja (OTP) untuk membenarkan transaksi daripada bank mereka.
Polis menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah berikut jika mereka percaya mereka sudah menjadi mangsa penipuan bantuan teknikal.
Matikan komputer dengan segera untuk mengehadkan aktiviti dilakukan penipu.
Memadamkan sebarang perisian yang dimuat turun.
Melakukan imbasan antivirus penuh pada komputer anda dan padam sebarang perisian hasad yang dikesan.
Laporkan insiden tersebut kepada bank supaya dapat menghentikan aktiviti berkait dengan akaun bank yang terjejas.
Ubah butiran perbankan internet dan hapuskan sebarang penerima yang tidak dibenarkan, yang disertakan dalam akaun bank.
Laporkan insiden itu kepada polis.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.