Skip to main content

Singapura

9 orang dibawa ke hospital selepas 2 bas berlanggar di Upper Thomson Road

Anggaran Waktu Membaca:
9 orang dibawa ke hospital selepas 2 bas berlanggar di Upper Thomson Road

(Gambar: Facebook/Bing Callao-Loh)

Diterbitkan : 08 Dec 2024 09:55PM Dikemas Kini : 08 Dec 2024 09:57PM
SINGAPURA: Sembilan orang dibawa ke hospital selepas berlaku kemalangan di Upper Thomson Road pada Ahad (8 Dis).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya di Upper Thomson Road pada sekitar pukul 12.40 tengah hari Ahad (8 Dis).

Pasukan SCDF itu membawa sembilan orang ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Dua lagi dinilai mengalami kecederaan ringan tetapi kedua-duanya enggan dibawa ke hospital.

Dalam catatan yang tular di media sosial, beberapa kenderaan SCDF dan polis dilihat di tempat kejadian, yang menunjukkan dua bas berlanggar.

Kedua-dua bas itu dilihat terhenti dan dalam gambar jarak dekat, sebuah bas yang dipercayai dari Tower Transit rosak cermin depannya.

Bas yang satu lagi - bas SBS Transit - mengalami kerosakan pada bahagian belakangnya.

Mediacorp telah menghubungi polis, Tower Transit dan SBS Transit untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita