Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 NMP dilantik; Abdul Samad wakil suara pekerja, Dr Shahira pejuang peluang untuk belia

Pemimpin Kesatuan Encik Abdul Samad Abdul Wahab dan anggota Majlis Belia Kebangsaan, Dr Shahira Abdullah adalah antara Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang dilantik Presiden Halimah Yacob bagi penggal dua setengah tahun bermula 21 Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
9 NMP dilantik; Abdul Samad wakil suara pekerja, Dr Shahira pejuang peluang untuk belia

Encik Abdul Samad (kiri), Dr Shahira Abdullah (kanan) (Gambar: NTUC, KTPH)

SINGAPURA: Pemimpin Kesatuan Encik Abdul Samad Abdul Wahab dan anggota Majlis Belia Kebangsaan, Dr Shahira Abdullah adalah antaraAnggota Parlimen Dilantik (NMP) yang dilantik Presiden Halimah Yacob bagi penggal dua setengah tahun bermula 21 Januari.

Tujuh lagi adalah pengerusi SISTIC, Cik Janet Ang,npengarah sekretariat Persekutuan ESukan Global (GEF), Encik Mark Chay, pengarah urusan kumpulan Guocoland, Encik Cheng Hsing Yao, dekan sekolah ekonomi Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Hoon Hian Teck, saintis pemuliharaan Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Koh Lian Pin dan peguam, Encik Joshua Thomas Raj.

Mereka dilantik sebagai NMP buat kali pertama dan dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikanSpeaker parlimen Tan Chuan-Jin.

Dr Shahira merupakan seorang Konsultan Bersekutu Pasukan Pembedahan Pergigian Hospital Khoo Teck Phuat.

Sebelum menjadi anggota majlis ke-16 NYC, beliau aktif sebagai pemimpin belia dan memegang jawatan Naib Presiden Kelab MENDAKI.

Pada 2019, Dr Shahira dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) sebagai salah seorang Anggota Pelan Bertindak Belia SG untuk mendampingi golongan belia mengenai visi mereka bagi Singapura pada 2025.

Bercakap kepada BERITAmediacorp, Dr Shahira berkata:

"Saya harap dengan pelantikan ini saya dapat membawa pandangan para belia dan masyarakat Melayu/Islam. Saya harap dengan kehadiran saya di Parlimen akan membawa satu suara alternatif atau yang lain agar dapat menghasilkan inisiatif dan dasar lebih baik buat negara," ujar beliau.

SUDAH 14 TAHUN TERLIBAT DALAM PERGERAKAN BURUH

Encik Abdul Samad Abdul Wahab pula merupakan antara tiga Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage).

Beliau telah melibatkan diri dalam gerakan buruh sejak 14 tahun lalu.

Beliau juga merupakan individu ke-13 mewakili kesatuan sekerja itu, sejak 1992, sebagai NMP.

"Di NTUC, saya lebih dapat mengenal orang dan dapat mengenal apakah cabaran terutama bagi mereka yang bergaji rendah. Jadi apakah cabaran mereka, mengapa gaji mereka tidak cukup dan bagaimana kita dapat membantu mereka untuk mereka dapat meningkatkan dari segi gaji dan untuk menepati kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat," kongsi beliau kepada BERITA."

Menurutnya lagi beliau juga akan memberi tumpuan kepada memperluas model pendapatan progresif, dan menyediakan sokongan kepada pekerja bergaji pertengahan menerusi pekerjaan dan latihan serta membantu mereka menangani kos sara hidup.

Upacara angkat sumpah bakal berlangsung di sidang Parlimen selanjutkan bulan depan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan