Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 NMP baru dipilih sertai Parlimen

Naib Presiden NTUC Abdul Samad Abdul Wahab, anggota NYC Dr Shahira Abdullah antara 9 dipilih NMP bagi tempoh 2.5 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2021 06:55PM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 08:53PM

SINGAPURA: Seramai sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) telah dipilih untuk tempoh dua setengah tahun, bermula 21 Januari.

Setelah dilantik oleh Presiden, mereka akan mengangkat sumpah semasa sidang Parlimen berikutnya pada Februari, umum pejabat Kerani Parlimen dalam satu kenyataan media pada Khamis (14 Jan).

Mereka adalah:

  • Pegawai teknikal utama SP Group, Encik Abdul Samad Abdul Wahab
  • Pengerusi SISTIC, Cik Janet Ang
  • Pengarah sekretariat Persekutuan ESukan Global (GEF), Encik Mark Chay
  • Pengarah urusan kumpulan Guocoland, Encik Cheng Hsing Yao
  • Dekan sekolah ekonomi Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Hoon Hian Teck
  • Saintis pemuliharaan Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Koh Lian Pin
  • Peguam, Encik Joshua Thomas Raj
  • Pendaftar ortodontik Hospital Khoo Teck Puat, Dr Shahira Abdullah
  • Pakar bedah Pusat Payudara Thomson, Dr Tan Yia Swam

Encik Abdul Samad juga merupakan salah satu daripada tiga Naib Presiden NTUC, dan Setiausaha Agung Kesatuan Kakitangan Tenaga dan Gas (UPAGE). Beliau menerima Pingat Bakti Masyarakat pada 2020.

Dr Shahirah, seorang Konsultan Bersekutu bersama Pasukan Bedah Pergigian di Hospital Khoo Teck Puat. Beliau juga anggota Majlis Belia Kebangsaan (NYC) ke-16 dan sebelum ini Naib Presiden Kelab Mendaki (MClub).

Sebanyak 61 borang pencalonan diterima. Mereka kemudian dipertimbangkan oleh jawatankuasa khas terdiri daripada para Anggota Parlimen (AP), yang dipengerusikan oleh Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.

Encik Tan berkata terdapat ramai "calon berkaliber tinggi" yang tampil untuk dipertimbangkan.

"Setelah dipertimbangkan dengan teliti, kami memutuskan bahawa sembilan calon ini telah memenuhi semua kriteria Perlembagaan dan layak untuk dilantik. Secara kolektif, mereka juga mempunyai pencapaian tinggi dalam bidang masing-masing dan memahami dengan baik mengenai isu yang mereka minati," tambahnya.

"Oleh itu, perspektif yang dikongsi semasa perbahasan di Parlimen juga akan menjadi lebih luas dan dalam, ketika kita membahaskan hal-hal mengenai Singapura dan warga Singapura".

Ketua Dewan Indranee Rajah, salah seorang anggota jawatankuasa itu, berkata bahawa sembilan orang itu telah menyumbang besar kepada masyarakat atau dalam bidang masing-masing, sambil menambah bahawa pengetahuan mereka dalam bidang-bidang kepakaran yang khusus akan "menjadikan perbahasan di Parlimen lebih pelbagai dan mendalam dan pelbagai".

Para NMP dilantik oleh Presiden untuk tempoh dua setengah tahun atas usulan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lapan anggota yang dipengerusikan oleh Speaker Tan Chuan-Jin.

Skim NMP diperkenalkan pada 1990 untuk pandangan luas masyarakat diwakili di Parlimen.

Sehingga sembilan NMP boleh dilantik di setiap Parlimen.

Sumber : CNA/BERITAmediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan