Skip to main content

Singapura

9 lelaki bantu polis siasat kes rusuhan di dormitori pekerja hijrahan di Changi

Anggaran Waktu Membaca:
9 lelaki bantu polis siasat kes rusuhan di dormitori pekerja hijrahan di Changi

Tangkapan skrin video yang tersebar di Whatsapp.

Diterbitkan : 20 Jan 2023 07:55AM
SINGAPURA: Sembilan lelaki yang berusia dalam lingkungan usia 24 dengan 54 tahun sedang membantu dalam siasatan kes rusuhan di dormitori pekerja hijrahan di Changi.

Demikian menurut polis pada Khamis (19 Jan).

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai pergaduhan yang berlaku di sebuah dormitori di Tanah Merah Coast Road pada pukul 10.38 malam pada Selasa (17 Jan).

"Setibanya polis (di sana), pergaduhan tersebut sudah terhenti," tambah pihak polis.

Mereka mengenal pasti identiti mereka yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut menerusi siasatan susulan yang dijalankan, dengan bantuan gambar-gambar yang diambil daripada rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV).

Siasatan masih dijalankan.

Satu rakaman video yang menunjukkan pergaduhan tersebut, sudah tersebar di platform-platform mesej seperti WhatsApp. Ia memaparkan beberapa lelaki yang bergaduh dan mengherdik antara satu sama lain di sebuah tangga di dormitori tersebut. Sebilangan mereka dilihat tidak berpakaian kemeja.

Masih tidak jelas punca pertikaian tersebut berlaku.

Dalam video tersebut, selama dua minit 21 saat, lapan lelaki dilihat menumbuk satu sama lain di tangga di antara tingkat bawah dan tingkat dua.

Tidak lama kemudian, salah seorang lelaki itu ditahan dengan kepalanya ditolak ke bawah ketika tiga lelaki bergilir-gilir memukulnya dengan tangan mereka.

Pada satu ketika, sedang lelaki yang berpakaian kemeja-T warna kuning berlari melulu dari tangga tersebut, dia dilihat ditendang di dadanya oleh seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam.

Beberapa lelaki kemudian lari melalui sebuah pintu. Ia tidak jelas apa yang berlaku kepada mereka selepas itu.

Kamera kemudian beralih ke ruang terbuka di tingkat bawah, di mana berpuluh-puluh pekerja sedang berdiri. Jeritan masih kedengaran di latar rakaman video berkenaan.

Rakaman video itu kemudian juga menunjukkan sekumpulan kira-kira terdiri daripada lima lelaki berjalan ke arah tangga, sebelum ia berakhir dengan kumpulan lelaki itu bertikam lidah dengan yang lain.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita