Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 kawasan termasuk Kampong Gelam sertai skim perintis bagi serlahkan ruang awam

Sembilan kawasan akan menyertai program perintis Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk menyuntik kesegaran pada kawasan-kawasan dan ruang-ruang awam. Ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Isnin (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2018 12:38PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:33PM

SINGAPURA: Sembilan kawasan akan menyertai program perintis Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk menyuntik kesegaran pada kawasan-kawasan dan ruang-ruang awam. Ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Isnin (17 Sep).

Berucap di Seminar Pengurusan Tempat 2018, Encik Wong berkata bahawa orang ramai boleh menjangkakan kawasan yang lebih bertenaga dan ruang awam yang lebih menarik apabila kawasan-kawasan baru itu menjadi sebahagian daripada program Daerah Peningkatan Perniagaan (BID).

Sembilan kawasan yang akan menjadi sebahagian daripada projek itu adalah China Place, City Hall, Jurong Gateway, Kampong Gelam, Marina Bay, Marina Centre, Paya Lebar, Raffles Place dan Tanjong Pagar.

Dengan inisiatif baru yang disarankan itu, para kakitangan kereta api dan penjaga pintu bakal menjadi duta bagi "penemuan tersembunyi" di City Hall, mungkin juga zon bebas kereta di Tanjong Pagar pada hujung minggu dan penyalaan lampu perayaan di Chinatown akan diperluaskan ke China Place. Di Paya Lebar pula, akan terdapat sambutan perayaan dan jejak warisan untuk mencerminkan warisan Melayu dan Peranakan di kawasan tersebut.

Pihak-pihak yang berkepentingan juga sudah menyerahkan pelan perniagaan awal, menggariskan inisiatif-inisiatif yang disarankan serta yuran keahlian untuk membiayai saranan-saranan tersebut pada September tahun lalu, menurut URA dalam kenyataan medianya.

Sebanyak sembilan saranan sudah diterima, dan semua dipilih untuk disertakan dalam program BID.

Saranan-saranan itu membentuk kumpulan pertama BID, iaitu Singapore River One, yang dibangunkan tahun lalu oleh pihak-pihak berkepentingan dari Boat Quay, Clarke Quay dan Robertson Quay. Ia melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti Pesta Sungai Singapura dan zon bebas kereta di Circular Road.

Kawasan-kawasan yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam program BID dikehendaki membangunkan pelan perniagaan terperinci dan mendapat sekurang-kurangnya 51 peratus sokongan daripada pihak-pihak berkepentingan di daerah masing-masing untuk membentuk BID.

Untuk membantu BID memulakan usaha masing-masing, pemerintah akan membiayai secara bersama yuran keahlian terkumpul, yang dihadkan pada S$500,000 setahun selama tempoh empat tahun.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan