Skip to main content

Singapura

9 jangkitan tempatan antara 24 kes baru COVID-19 di S'pura

Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (30 Apr), termasuk sembilan jangkitan dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
9 jangkitan tempatan antara 24 kes baru COVID-19 di S'pura

A&E Hospital Tan Tock Seng (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 04:39PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 04:47PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Jumaat (30 Apr), termasuk sembilan jangkitan dalam masyarakat.

Menurut kemas kini awal Kementerian Kesihatan (MOH), lapan daripada kes itu dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini.

Ini termasuk empat kes yang dikaitkan dengan Kes 625411, iaitu jururawat yang bertugas di Hospital Tan Tock Seng. Mereka dikesan menerusi ujian proaktif ke atas pesakit dan kakitangan di TTSH. Ini menjadikan kes yang dikaitkan dengan hospital itu kepada 13.

Tambah MOH, tiada kes baru dikesan di dormitori pekerja.

Lagi 15 kes diimport dan kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setiba mereka di Singapura.

Butiran lanjut kes-kes hari ini akan dikeluarkan malam ini, tambah MOH.

Sehingga Jumaat, Singapura melaporkan 61,145 kes COVID-19 dengan 30 kematian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita