Skip to main content

Singapura

9 ditangkap dengan rokok haram di Yishun, Sengkang

Sembilan perokok diberkas kerana memiliki rokok-rokok yang tidak dibayar cukai, dalam dua operasi di Yishun dan Sengkang, menurut Kastam Singapura dalam satu catatan Facebook pada Khamis (13 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
9 ditangkap dengan rokok haram di Yishun, Sengkang

Rokok haram ditemui dalam satu operasi (Gambar: Facebook/Kastam Singapura)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 04:53PM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 04:55PM

SINGAPURA: Sembilan perokok diberkas kerana memiliki rokok-rokok yang tidak dibayar cukai, dalam dua operasi di Yishun dan Sengkang, menurut Kastam Singapura dalam satu catatan Facebook pada Khamis (13 Dis).

Serbuan tersebut dijalankan bersama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 6 dan 11 Disember.

Pesalah yang ditangkap dikenakan denda antara S$500 hingga S$1,900.

Seorang suspek juga sedang disiasat kerana ditangkap dengan minuman keras yang tidak dibayar cukai.

Catatan itu juga menyatakan beberapa unit HDB didapati menempatkan terlalu ramai orang.

Kastam Singapura menyatakan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah untuk menangani kegiatan berhubung rokok haram di Singapura.

Seseorang yang didapati bersalah buat pertama kali mempunyai sekotak rokok tanpa bayar cukai boleh didenda sehingga S$500. Pesalah berulang dan mereka yang didapati mempunyai lebih dari sekotak rokok haram akan dikenakan hukuman lebih berat.

Kastam Singapura menggesa pihak awam supaya melaporkan sebarang kegiatan melibatkan rokok tanpa cukai dengan menghubungi holtline di
1800-2330000, mengirimkan emel ke customs_intelligence [at] customs.gov.sg atau menerusi app mudah alih Customs@SG. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita