Skip to main content

Singapura

9 disiasat selepas serbuan polis ke atas rumah urut

Polis sedang menyiasat sembilan pengendali dan tukang urut atas beberapa kesalahan ekoran siri serbuan ke atas rumah urut. Empat rumah urut didakwa beroperasi tanpa lesen yang sah, kata polis dalam satu kenyataan media pada Sabtu (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
9 disiasat selepas serbuan polis ke atas rumah urut

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 14 Aug 2021 03:30PM Dikemas Kini : 14 Aug 2021 03:33PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat sembilan pengendali dan tukang urut atas beberapa kesalahan ekoran siri serbuan ke atas rumah urut.

Empat rumah urut didakwa beroperasi tanpa lesen yang sah, kata polis dalam satu kenyataan media pada Sabtu (14 Ogos).

Polis juga mengesan kegiatan berkaitan dengan maksiat di tiga lagi rumah rumah berlesen, tambah kenyataan itu.

Dua wanita, berusia 37 dan 45 tahun, turut ditangkap kerana disyaki menawarkan khidmat seksual di rumah urut.

Serbuan-serbuan tersebut yang dibuat antara 4 dengan 11 Ogos, melibatkan cawangan-cawangan di Ang Mo Kio Avenue 4, Ang Mo Kio Avenue 10, Brighton Crescent, Hougang Avenue 8, Upper Paya Lebar Road dan Yio Chu Kang Road.

Siasatan polis terhadap sembilan individu tersebut sedang dijalankan.

Mereka yang disabitkan kesalahan menawarkan khidmat urut di rumah urut tanpa lesen yang sah boleh didenda hingga S$10,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya. Pesalah berulang akan dikenakan denda tidak melebihi S$ 20,000, dijel sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Jika didapati bersalah melanggar peraturan dan syarat undang-undang yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda hingga S$5,000. Bagi pesalah berulang, denda boleh mencecah hingga S$10,000, tempoh penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Mereka yang disabitkan dengan sengaja meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima kepuasaan seksual sebagai dorongan atau ganjaran kerana memberikan khidmat, dan mereka dengan memberikan khidmat itu, melakukan atau akan membantu pelacuran orang lain (wanita atau gadis), juga menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda hingga S$100,000.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita