9 daripada 10 warga SG akur perlunya utamakan kepentingan negara sebelum diri sendiri: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar sembilan daripada 10 rakyat Singapura akur tentang peri pentingnya perpaduan negara dan memberi keutamaan kepada kepentingan negara sebelum diri sendiri.
Sungguhpun begitu, rakyat Singapura lebih muda menunjukkan kurang keyakinan terhadap nilai-nilai tersebut berbanding rakyat Singapura yang lebih lanjut usia.
Demikian menurut dapatan tinjauan yang dijalankan Forum Dasar Parti Tindakan Rakyat (PPF) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (18 Ogos).
"Semasa ditanya tentang keupayaan rakyat Singapura menerima penyesuaian yang sukar dan menyesuaikan diri bagi kejayaan masa depan, sekitar 9 daripada 10 individu berkata ia tetap penting.
"Dalam kalangan mereka, pemilik perniagaan dan usahawan paling berasa yakin untuk mengekalkan pendirian sedemikian, berbanding golongan pelajar dan pekerja," menurut kenyataan media tersebut.
Dapatan berkenaan didedahkan menjelang siri dialog "PPF | Insights" yang akan diadakan buat julung-julung kalinya.
Siri dialog itu juga bakal memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran Perdana Menteri pengasas Lee Kuan Yew.
Siri pertama tersebut yang bertajuk “Tripartism: Past, Present and Future” akan diadakan pada Sabtu (26 Ogos).
TINJAUAN ONLINE PPF
Satu tinjauan online yang diadakan dari 28 Julai hingga 6 Ogos lalu menerima 1,500 respons yang sah.
Soalan-soalannya berdasarkan ucapan mendiang Lee yang dibuat dari 1995 hingga 2012, yang memberi tumpuan kepada tema yang berulang kali disentuh beliau semasa berucap mengenai isu pekerja dan majikan.
Penasihat PPF Josephine Teo berkata: "Semasa Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, pemerintah Singapura memperbaharui gesaannya supaya semua rakyat Singapura 'Maju Bersatu'.
"Oleh itu, rakyat Singapura digalakkan unutk menegaskan keyakinan mereka untuk bersatu padu bagi menyokong perpaduan negara.
"Dalam dunia sekarang ini yang semakin berpecah belah, dan sebagai negara muda dengan kekurangan sumber, kita tidak mampu mengasingkan diri dan apa lagi, menentang satu sama lain.
"Perpaduan adalah kekuatan terbesar kita - kita mesti berpegang teguh padanya."
Semua dapatan tinjauan dan sorotan dialog akan disediakan di laman dan media sosial Parti Tindakan Rakyat (PAP) selepas acara tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.