9 daripada 10 individu sokong usia persaraan 63 tahun ke atas
Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja lanjut usia dalam seragam membungkus makanan tengah hari mereka. (Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Satu tinjauan baharu menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 individu menyokong usia persaraan 63 tahun dan ke atas.
Lapan dalam 10 individu juga menyokong usia pengambilan semula kerja melebihi 68 tahun.
Dapatan tersebut akan membantu pemerintah mencipta dasar-dasar yang dapat membantu pengambilan kerja bagi golongan warga emas.
Satu tinjauan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menunjukkan lebih ramai warga emas berharap untuk bekerja melebihi usia persaraan yang ditetapkan.
Ia meninjau hampir 1,500 warga emas berusia 50 tahun dan ke atas.
Bagi Encik Ang Koon Hong, 76 tahun, yang bertugas sebagai operator gudang, berkata pekerjaannya memastikan dia kekal aktif.
"Jika anda sihat, dan mampu menyumbang kepada masyarakat, ia satu perkara yang anda harus lakukan. Jika anda sentiasa berada di rumah dan lihat ke arah siling dan lantai, pemikiran anda akan menjadi sempit. Namun, jika anda bekerja, pemikiran anda akan menjadi lebih luas, dan kesihatan mental anda akan bertambah baik."
Sementara itu, diskriminasi umur dan pengaturan pekerjaan yang tidak fleksibel dikenal pasti sebagai cabaran utama bagi para pekerja warga emas.
Namun, bagi syarikat Radha Exports, yang menggajikan sekitar 45 kakitangan warga emas, ia sudah mengambil langkah untuk menangani kebimbangan tersebut.
"Kita sudah meningkatkan usia persaraan dalam syarikat ini. Kita merupakan di antara syarikat yang melakukannya. Kita juga melaksanakan Hari Warga Emas untuk kakitangan kita, ia adalah suatu perkara di mana mereka boleh mengambil cuti, untuk menyelesaikan urusan mereka, atau menghadiri temu janji," kata CEO Radha Exports, Deepak Anandani.
Syarikat tersebut adalah antara 12 syarikat yang mengesahkan komitmen mereka untuk melaksanakan amalan tempat kerja mesra umur.
Pengerusi Kanan Kumpulan PAP Tan See Leng, yang juga Menteri Tenaga Manusia, menarik perhatian bahawa terdapat pemahaman yang baik tentang faedah umur persaraan lebih tinggi dan usia pengambilan kerja semula.
Pemerintah akan meningkatkan usia persaraan secara berperingkat kepada 65 tahun, dan usia pengambilan kerja semula kepada 70 tahun menjelang 2030.
Kadar caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) juga akan dinaikkan secara berperingkat untuk mengukuhkan jumlah wang yang cukup untuk persaraan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.