Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

9 dari 10 finalis Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan warga Melayu/Islam; Widarni Khanip muncul Juara

Penolong Jururawat dari Hospital Tan Tock Seng, Widarni Khanip, dijulang sebagai Juara Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan bagi Penolong Jururawat malam ini (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penolong Jururawat dari Hospital Tan Tock Seng, Widarni Khanip, dijulang sebagai Juara Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan bagi Penolong Jururawat malam ini (22 Nov).

Beliau menewaskan sembilan Penolong Jururawat lain yang turut menjadi finalis, untuk merangkul anugerah tersebut.

Tidak kurang menarik ialah sembilan daripada 10 finalis anugerah tersebut adalah jururawat Melayu/Islam.

Kesemuanya 22 pencalonan diterima dari institusi-institusi awam dan privet serata negara.

Satu persatu mereka naik ke pentas untuk menerima Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan dari Setiausaha Parlimen Kesihatan, Amrin Amin.

Anugerah tersebut mengiktiraf dan menghargai jasa para Penolong Jururawat yang mempamerkan kebolehan, kecemerlangan dan dedikasi, termasuk menyumbang melangkaui skop perkhidmatan mereka.

Daripada 10 orang finalis itu, hanya satu diisytiharkan sebagai Juara Anugerah Kejururawatan tahun ini dan gelaran tersebut jatuh ke tangan Widarni Khanip, dari Hospital Tan Tock Seng.

Kesediaan Widarni sebagai seorang yang bersedia melakukan lebih daripada tugasnya dan daya kepimpinannya, disebut sebagai antara sebab beliau diisytiharkan sebagai Juara.

Bagi Widarni, sumber motivasinya adalah para pesakit yang beliau rawat.

"Saya sudah 19 tahun jadi jururawat. Salah satu pesakit barah saya yang saya jaga selama sebulan, satu hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau memegang tangan saya dan berkata, "Kamu telah melakukan suatu tugas yang mulia, janganlah bersedih setelah saya tiada, saya akan sentiasa berada di atas menjaga kamu," ceritanya.

Dua orang penolong jururawat diberikan Anugerah Naib Juara manakala baki tujuh menerima Anugerah Merit selaku finalis.

Mereka termasuklah Dianah Abdul Rahman, dari Sengkang Health di Hospital Alexandra.

Seperti Widarni, Dianah berazam untuk menjadi pendidik kepada para jururawat pada masa akan datang.

"Anugerah ini akan membantu saya untuk mempertingkatkan diri saya menjadi seorang jururawat yang lebih baik. Insyaallah saya akan berikan bimbingan dan motivasi kepada jururawat yang akan datang untuk masa hadapan," katanya.

Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan bagi para Penolong Jururawat itu bukan sahaja sekadar satu pengiktirafan.

Malah, penerima anugerah juga diberikan tajaan untuk menjalani latihan kepakaran bagi mengasah kemahiran mereka dalam bidang kejururawatan.

Anugerah ini merupakan satu inisiatif Persatuan Jururawat Singapura (SNA) dengan kerjasama Yayasan Tan Chin Tuan dan Yayasan DS Lee dan ia bermatlamat untuk menaik taraf mutu perkhidmatan jururawat di sini.

Berikut ini senarai penuh 10 pemenang:

1. JUARA
Widarni bte Khanip, Hospital Tan Tock Seng Hospital

2. TEMPAT KEDUA
Loh Khuan Tai

3. TEMPAT KETIGA
Nur Shafina Rizal

FINALIS / ANUGERAH MERIT

Dianah Abdul Rahman - Sengkang Health (SKH) di Hospital Alexandra

Hadijah Abdul Samad - Institut Kesihatan Mental (IMH)

Kamimah Hussien - Pusat Jantung Singapura (NHCS)

Nurshilawaty Jamaludin - Hospital Tan Tock Seng (TTSH)

Salina - Jabatan Bekalan Steril Pusat (CSSD)

Sonia Abdullah - Hospital Besar Singapura (SGH)

Umisah - Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) 

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan