Skip to main content

Singapura

89 aduan dibuat terhadap Diva Lash and Nails kerana khidmat buruk

Hampir 90 pelanggan mengemukakan aduan terhadap kedai Diva Lash and Nails kerana menawarkan khidmat yang buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 90 pelanggan mengemukakan aduan terhadap kedai Diva Lash and Nails kerana menawarkan khidmat yang buruk.

Para pelanggan berkata mereka mengalami kesan sampingan dan syarikat itu tidak mempunyai khidmat selepas penjualan yang sewajarnya.

Para pelanggan yang paling terjejas adalah mereka yang mendaftar bagi pakej mencantikkan kuku atau bulu mata sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Walaupun Persatuan Pengguna Singapura (CASE) telah memberikan amaran pada November 2022, salon kecantikan itu tidak menghentikan amalan tidak adil atau menawarkan pampasan kepada pelanggan yang terjejas.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) telah dikerahkan untuk mengambil tindakan lanjut.

Para pelanggan yang cuba membuat temu janji berkata salon kecantikan itu sama ada tidak membalas atau mengambil terlalu lama untuk membalas.

Malah, ada yang perlu menunggu berjam-jam lamanya untuk giliran mereka.

Para pelanggan berkata mereka mengalami rasa tidak selesa, bengkak dan gatal-gatal selepas menjalani rawatan.

Mereka yang dijanjikan akan dipulangkan wang pula tidak menerimanya.

CASE menasihati para pelanggan supaya memeriksa maklum balas bebas mengenai salon-salon kecantikan sedemikian sebelum memberikan komitmen.

Ia juga memberi amaran tentang sebarang diskaun, sesi percubaan atau tawaran sekali sahaja.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita