Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

89,000 penduduk terima Geran Sokongan COVID-19 termasuk 10,000 penerima kali kedua

Sekitar 89,000 penduduk Singapura menerima Geran Sokongan COVID-19 setakat ini, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Jumaat (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
89,000 penduduk terima Geran Sokongan COVID-19 termasuk 10,000 penerima kali kedua

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Diterbitkan : 30 Oct 2020 12:05PM Dikemas Kini : 30 Oct 2020 12:10PM

SINGAPURA: Sekitar 89,000 penduduk Singapura menerima Geran Sokongan COVID-19 setakat ini, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli pada Jumaat (30 Okt).

Menulis di Facebook, Encik Masagos mendedahkan jumlah tersebut termasuk 10,000 orang yang telah menerima bayaran pertama CSG dan sudah diluluskan permohonan mereka bagi agihan kedua CSG.

Geran Sokongan COVID-19 pertama kali diperkenalkan pada Mei untuk membantu warga dan penduduk Singapura yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

CSG berjumlah sehingga S$800 diberikan untuk tiga bulan kepada pekerja yang hilang pekerjaan atau dikenakan cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut disebabkan kesan ekonomi COVID-19.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga pada September mengumumkan bahawa tarikh permohonan bagi bantuan tersebut dilanjutkan hingga hujung tahun ini.

Encik Masagos menekankan komitmen Pemerintah untuk membantu orang ramai mengharungi pandemik yang berlarutan ini.

"Sebahagian daripada kita masih merasa kesan COVID-19 ke atas ekonomi, dan memerlukan sokongan untuk menyara diri dan keluarga. Pemerintah kekal komited membantu warga Singapura mengharungi pandemik ini, dengan CSG merupakan salah satu daripada beberapa skim bantuan pemerintah," tulis beliau.

Syarat-syarat kelayakan baru yang diperkenalkan sejak 1 Okt bagi permohonan CSG adalah seperti berikut:

  • Pemohon tidak boleh memiliki lebih dari satu hartanah
  • Pemohon yang tidak bekerja perlu mengemukakan dokumen sokongan tentang usaha memohon kerja atau latihan

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Disember ini, dan mereka yang pernah menerima agihan CSG sebelum ini tetapi masih memerlukan bantuan dan layak, boleh membuat permohonan lagi.

Permohonan boleh dibuat menggunakan SingPass di laman go.gov.sg/CSG.

Mereka yang inginkan maklumat lanjut atau bantuan dalam membuat permohonan boleh menghubungi talian 1800-222-0000 (Hotline Daya Kerja), Ask_SSO [at] msf.gov.sg (emel), go.gov.sg/locate-sso (pencari Pejabat Bantuan Sosial) atau lungsuri laman: go.gov.sg/msf-csg-faqs.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan