Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

882 kes baru COVID-19 di S'pura; 1 kematian

Laman MOH turut menunjukkan 797 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 513 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 284 lagi adalah kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
882 kes baru COVID-19 di S'pura; 1 kematian

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 11:09PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 11:09PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 882 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (12 Jan), termasuk 396 kes import.

Satu kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 797 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 513 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 284 lagi adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 12 Jan: 882 berbanding 846 pada Selasa (11 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 486
Kes import: 396
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 288,125

KEMATIAN

Kes kematian pada 12 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 839

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.60, merosot berbanding 1.71 pada Selasa.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 167 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 165 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 13
Dipantau rapi di ICU: 11

Seramai 636 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin minggu lalu.

Lengkap divaksin 2 dos: 87 peratus
Baru menerima satu dos: 89 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 48 peratus

Sumber : BERITAmediacorp/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa