Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

88 pesalah dadah diberkas; dadah bernilai S$74,000 dirampas

Seramai 88 pesalah dadah diberkas dalam operasi selama empat hari yang berakhir pada Jumaat (22 Mac), menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
88 pesalah dadah diberkas; dadah bernilai S$74,000 dirampas

Dadah dirampas dari sebuah unit di Jalan Loyang Besar pada 21 Mac 2019. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 22 Mar 2019 09:48PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 09:57PM

SINGAPURA: Seramai 88 pesalah dadah diberkas dalam operasi selama empat hari yang berakhir pada Jumaat (22 Mac), menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan media.

Dadah bernilai sekitar S$74,000 juga dirampas dalam serbuan-serbuan yang dijalankan di merata negara.

Menurut CNB, operasi yang mula dijalankan pada sebelah pagi Isnin (18 Mac) meliputi kawasan-kawasan termasuk Ang Mo Kio, Bukit Merah, Chai Chee, Eunos, Sembawang, Tampines dan Yishun.

Dalam salah satu kes, seorang pengedar dadah berusia 22 tahun dan dua penyalah guna dadah, masing-masing berusia 31 tahun dan 33 tahun, diberkas di sebuah apartmen privet dekat Jalan Loyang Besar pada Khamis (21 Mac).

Sekitar 267 gram dadah Ice, 25 gram ketamine, 48 gram ganja, 10 gram Bahan Psikoaktif Baru (NPS), 180 pil Erimin-5, 96 pil Esctasy dan empat botol mengandungi cecair yang dipercayai adalah Gamma-hidroksibutirat (GHB) juga ditemui di dalam apartmen tersebut.

Secara keseluruhannya, sebanyak 428 gram dadah Ice, 230 gram heroin, 138 gram NPS, 61 gram ganja, 29 gram ketamin, 180 pil Erimin-5, 107 pil Ecstasy, 60 milimeter methadon dan empat botol yang disyaki mengandungi GHB dirampas sepanjang empat hari itu.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap kegiatan dadah para suspek. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan