Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8,763 kes baru COVID-19 di S'pura; 3 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 8,763 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Rabu (27 Jul).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 8,420 jangkitan tempatan dan 343‬ ‬kes import.

Tiga kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 27 Jul: 8,763
Kes baru tempatan: 8,420
Kes import: 343

Jumlah kes baru Protokol 2: 8,044

Ini terdiri daripada 7,742 kes tempatan dan 302 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 719 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 678 adalah jangkitan tempatan, manakala 41 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,685,889

KEMATIAN

Kes kematian pada 27 Jul: 3

Jumlah kematian sejauh ini: 1,490

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.88, naik berbanding 0.82 semalam (26 Jul).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 707 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 727 yang dicatatkan semalam (26 Jul).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 64

Dipantau rapi di ICU: 19

Seramai 6,429 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Selasa (26 Jul), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan