87 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan berat semasa operasi penguatkuasaan antara 5 hingga 7 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 87 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan berat atas pelbagai kesalahan lalu lintas semasa operasi penguatkuasaan yang dijalankan selama tiga hari, menurut polis pada Jumaat (9 Mei).
Dalam operasi Polis Trafik dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dari 5 Mei hingga 7 Mei, 192 kenderaan berat telah ditahan untuk menjalani pemeriksaan.
Saman telah dikeluarkan bagi kesalahan daripada memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan dan menggunakan peranti mudah alih semasa memandu hingga ke gagal memandu di lorong kiri dan gagal memaparkan dengan jelas label had kelajuan.
Terdapat juga 94 kesalahan berkaitan LTA, seperti kenderaan yang melakukan perjalanan di ekspreswe tanpa permit dan kenderaan berat yang terlebih muatan.
KEPRIHATINAN TERHADAP KEKURANGAN LABEL HAD KELAJUAN
Semasa sesi terakhir penguatkuasaan pada Rabu (7 Mei), pihak media berpeluang melihat dari dekat operasi tersebut.
Berdiri di tepi jalan di Tuas, para pegawai memantau kenderaan berat dan memberi isyarat kepada pemandu supaya berhenti di tepi jalan untuk menjalani pemeriksaan.
Mediacorp menyaksikan dua pemandu dikenakan saman kerana tidak mempamerkan label had kelajuan di bahagian atas sebelah kanan cermin depan kenderaan mereka.
Ia adalah antara 24 kenderaan berat yang disaman semasa operasi tiga hari itu kerana tidak mempamerkan label had kelajuan. Jumlah kenderaan berat yang didapati beroperasi tanpa label tersebut menimbulkan "keprihatinan khusus", kata polis.
Di bawah undang-undang, kenderaan berat dengan berat muatan maksimum melebihi 12 tan mesti dipasang dengan alat had kelajuan, yang biasanya dihubungkan dengan sistem pemecut.
Ia mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan berat, mengurangkan dengan ketara risiko berlaku kemalangan berkaitan kelajuan, kata polis.
Bersama-sama dengan langkah-langkah lain, seperti penambahbaikan infrastruktur dan tindakan penguatkuasaan, ia membantu mengurangkan kematian dan kecederaan, tambah agensi-agensi tersebut.
Mulai Januari 2024, Polis Trafik telah mewajibkan lori dengan berat muatan maksimum antara 3,501kg dan 12,000kg dipasang dengan alat had kelajuan. Ini memastikan lori tidak melebihi had kelajuan 60km sejam.
Lori diberi masa dua hingga tiga tahun - bergantung kepada sama ada ia didaftarkan sebelum atau selepas 2018 - untuk mematuhi peraturan had kelajuan tersebut.
Kenderaan berat yang didaftarkan sebelum 1 Jan 2018 yang mempunyai berat antara 5,001kg dan 12,000kg diberikan sehingga 1 Jan 2026 untuk memasang alat had kelajuan, manakala kenderaan antara 3,501kg dan 5,000kg mempunyai sehingga 1 Jul 2026 untuk berbuat demikian.
Lori baharu yang didaftarkan pada atau selepas 1 Jan 2018 perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 1 Jan 2027 jika ia berada dalam kategori lebih berat, manakala lori dalam kategori ringan perlu memasang alat had kelajuan sebelum 1 Jul 2027.
Label had kelajuan hendaklah mengandungi maklumat seperti jenis had kelajuan yang dipasang, kelajuan yang ditetapkan dari segi km sejam dan nombor pendaftaran kenderaan.
Para pemandu yang gagal memaparkan label had kelajuan dengan betul boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,000 atau kedua-duanya sekali.
Polis turut menggalakkan syarikat dan pemilik lori untuk menghubungi lebih awal ejen-ejen yang diluluskan untuk memasang alat had kelajuan.
"Pematuhan awal bukan sahaja memenuhi keperluan kawal selia tetapi juga menyumbang kepada jalan raya yang lebih selamat untuk semua pengguna jalan raya," tambah pihak polis.

Sumber : CNA/CNA/ng(mi)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.