Skip to main content

Singapura

863 kes baru COVID-19 di Singapura; 675 jangkitan Omicron

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 863 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (16 Jan), termasuk 363 kes import.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 863 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (16 Jan), termasuk 363 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Laman MOH turut menunjukkan 675 kes baru varian Omicron disahkan hari ini - 422 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 253 lagi adalah kes import.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 16 Jan: 863 berbanding 956 pada Sabtu (15 Jan)

Kes baru dalam masyarakat: 500
Kes import: 363
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 291,849

KEMATIAN

Kes kematian pada 16 Jan: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 843

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.49, naik berbanding 1.47 pada Sabtu (15 Jan).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 196 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 181 semalam.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 8
Dipantau rapi di ICU: 13

Seramai 823 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.

Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 90 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 51 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita