Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

85% tahanan radikal berjaya dipulihkan sejak 2002

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Usaha untuk memulihkan individu yang menjadi radikal membuahkan hasil di Singapura.

Hampir 85 peratus daripada 92 tahanan telah dipulihkan dan dibebaskan dalam tempoh 20 tahun lalu. 

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menarik perhatian tentang pendekatan pemulihan di Singapura, yang turut melibatkan masyarakat.

"Kejayaan itu - jika anda bandingkannya dengan apa yang berlaku di Guantanamo Bay - tidak mungkin dicapai sekiranya ia dijalankan pemerintah semata-mata. 

Anda lihat di merata dunia, bahkan di rantau ini, kadar pemulihannya tidak baik. Para tahanan, sebaik saja mereka dibebaskan, melakukan perkara-perkara buruk," kata Encik Shanmugam semasa satu upacara penghargaan bagi para sukarelawan yang menyumbang kepada proses pemulihan individu radikal.

Namun Encik Shanmugam memberi amaran, cabaran yang didatangkan fahaman tegar akan terus berkembang. 

Beliau merujuk kepada kecenderungan sesetengah penduduk di rantau ini untuk menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat-matlamat yang didakwa berhubung kait dengan agama.

"Ia akan mencorak pelbagai jenis ideologi yang ramai daripada anda terlibat secara aktif dan mendidik masyarakat kita. 

"Maka itu, saya rasa tanggungjawabnya adalah lebih besar kerana terdapat banyak cabaran sedemikian untuk membimbing masyarakat kita ke arah yang betul," ujar Encik Shanmugam. 

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan