83% Kredit LifeSG Anak diagih pada 2025 sudah digunakan, tempoh sah tidak dilanjutkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)
SINGAPURA: Kira-kira 83 peratus daripada Kredit LifeSG Anak yang diagihkan pada tahun 2025 sudah digunakan setakat April ini. Pihak pemerintah menyatakan bahawa tempoh sah laku selama 12 bulan tidak akan dilanjutkan sebelum ia luput pada Julai nanti.
Menteri Negara bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga, Goh Pei Ming, dalam jawapan parlimen pada Khamis (7 Mei) berkata bahawa "notis yang mencukupi" sudah pun diberikan.
Beliau menambah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga sudah pun mengingatkan para penerima untuk membelanjakan kredit mereka melalui media sosial, aplikasi LifeSG, dan SMS. Peringatan terakhir akan dihantar pada bulan Jun kepada mereka yang masih mempunyai baki kredit yang belum digunakan.
Kredit bernilai S$500 bagi setiap anak berusia 12 tahun dan ke bawah itu diagihkan kepada keluarga yang layak pada Julai 2025.
Kredit tersebut boleh diakses melalui aplikasi LifeSG dan boleh dibelanjakan di kedai-kedai fizikal atau dalam talian yang menerima pembayaran kod QR PayNow UEN atau NETS. Inisiatif itu diperkenalkan untuk membantu keluarga menampung kos membesarkan anak-anak, terutamanya bagi mereka yang masih kecil.
Encik Goh menyifatkan kadar penggunaan semasa sebagai "sihat," namun pihak kementerian berharap lebih ramai akan menggunakan baki kredit tersebut dalam bulan-bulan yang berbaki ini.
Menjawab soalan tambahan daripada Anggota Parlimen David Hoe (PAP-Jurong East-Bukit Batok), Encik Goh menggariskan beberapa sebab mengapa kredit masih belum digunakan: keluarga merancang perbelanjaan sepanjang tahun, tabiat menggunakan kredit pada saat-saat akhir, berada di luar negara, dan dalam sesetengah kes, kurangnya kesedaran.
Mengenai cadangan bagi meluaskan kelayakan kepada anak-anak yang lebih tua, Encik Goh menegaskan skim ini diperkenalkan untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak kecil, yang biasanya menghadapi kos lebih tinggi bagi keperluan asas seperti lampin dan susu tepung.
Beliau menarik perhatian bahawa Belanjawan 2025 telah memperkenalkan langkah sokongan berasingan bagi anak-anak yang lebih tua, termasuk tambahan S$500 ke dalam akaun berkaitan pendidikan bagi mereka yang berusia 13 hingga 20 tahun.
Satu lagi agihan baharu Kredit LifeSG Anak sebanyak S$500 akan diberikan pada Julai 2026, bersama-sama bayaran lain seperti kredit LifeSG Keluarga Besar yang diagihkan pada bulan lalu.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.