Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

800,000 orang kunjungi Bazar Hari Raya Geylang Serai 2022

Sekitar 800,000 individu mengunjungi Bazar Hari Raya Geylang Serai 2022 yang diadakan semula selepas dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
800,000 orang kunjungi Bazar Hari Raya Geylang Serai 2022

(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)

SINGAPURA: Sekitar 800,000 individu mengunjungi Bazar Hari Raya Geylang Serai 2022 yang diadakan semula selepas dua tahun.

Demikian menurut Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam catatan Facebook hari ini (19 Mei).

Malah kata Dr Faishal, jumlah itu juga menjangkaui sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

"Kami berbesar hati melihat ramai individu mengunjungi bazar ini, yang sangat dirindui ramai dan dapat diadakan semula selepas dua tahun, walaupun pada skala lebih kecil.

"Pelonggaran lanjut langkah-langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan pada pertengahan bulan Ramadan bermakna tempoh operasi bazar itu dapat dilanjutkan bagi memenuhi sambutan yang menggalakkan pada minggu pelancaran!" kata Dr Faishal.

Sehubungan itu, Dr Faishal juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh para pengunjung, yang mematuhi langkah-langkah kawalan pengunjung yang dilaksanakan di bazar tersebut.

"Saya berbesar hati apabila melihat orang ramai beratur sambil menunggu giliran masing-masing dan dengan penuh kesabaran mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan kawalan pengunjung yang dilaksanakan," kata Dr Faishal.

Ini meskipun langkah-langkah selamat dilonggarkan pada pertengahan Ramadan.

Selain itu, beberapa pegerai yang ditemui Dr Faishal juga berbesar hati dengan perniagaan yang rancak sepanjang bazar itu diadakan.

"Cik Koji Kwek dari Praffles berkongsi bahawa meskipun bilangan pengunjung tidak begitu ramai dan rancak seperti bazar-bazar yang diadakan sebelum pandemik, edisi kali ini memberi harapan bahawa perniagaan akan bertambah baik.

"Encik Muhd Hazri yang menjual Dengdeng berkata mereka berbesar hati dengan cara bazar itu diadakan dengan kaunter pemeriksaan, ruang yang luas dan berkongsi bahawa mereka dapat memenuhi sasaran penjualan dalam tempoh dua minggu pertama.

"Malah, mereka sudah merancang untuk menyertai bazar pada tahun-tahun akan datang," kata Dr Faishal.

Sebagai penutup, pasukan Wisma Geylang Serai menganjurkan persembahan secara langsung OKLETSRAYA SHOW yang menarik 300 penonton dan jumlah rekod 72,000 penonton menerusi online.

Sambutan yang menggalakkan itu menunjukkan bahawa masyarakat kita sudah bersedia untuk datang menonton persembahan umum sekali lagi, kongsi Dr Faishal.

Pada Sabtu ini (21 Mei), WGS akan mengadakan satu lagi persembahan Raya secara maya yang bertajuk GUMBIRA RAYA.

Acara itu boleh ditonton pada pukul 8.30 malam menerusi laman Facebook dan saluran Youtube WGS.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan