80,000 rumah baharu termasuk Newton & Orchard akan dibina di bawah draf pelan induk URA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 80,000 rumah awam dan privet baharu dijangka akan dibina di lebih 10 kawasan kejiranan baharu di seluruh Singapura dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Ini termasuk pembangunan di Newton dan Orchard Road di mana 6,000 rumah privet mungkin dibina, memandangkan pemerintah ingin menyediakan lebih banyak pilihan kediaman di bahagian tengah Singapura.
Bagi memenuhi permintaan rumah di kawasan yang lebih tengah, kawasan perumahan baharu di Bukit Timah Turf City, Pearl’s Hill, Marina South, Mount Pleasant dan bekas tapak Padang Golf Keppel telah diumumkan sebelum ini.
Draf Pelan Induk 2025 oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), yang dikeluarkan pada Rabu (25 Jun) dan diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat, juga menunjukkan kawasan-kawasan kejiranan baharu akan diwujudkan di bahagian lain Singapura.
Ia termasuk Dover-Medway di Dover Road, bekas tapak Singapore Racecourse di Kranji, serta Pangkalan Udara Paya Lebar dan kawasan Limbungan Kapal Sembawang.
Menurut URA, pembangunan rumah awam dan privet baharu akan "dipercepatkan" supaya pihak berkuasa boleh mempunyai kelonggaran untuk menyemak dan menyesuaikan rancangan itu dengan sewajarnya.
KAWASAN NEWTON DAN ORCHARD ROAD
Sebuah "kampung bandar" baharu – pembangunan berkepadatan tinggi, guna campur bersebelahan Stesen MRT Newton dan Pusat Penjaja Newton – akan dibina.
Sekitar 5,000 kediaman privet baharu akan dibangunkan secara progresif merentasi tiga kelompok di Newton Circus, Scotts Road dan Monk's Hill.
Pembangunan masa depan dalam kawasan ini akan "diperkenalkan secara sensitif" dan dipandu oleh garis panduan reka bentuk bandar untuk melengkapkan ciri sedia ada kawasan itu, menurut URA.
Sebagai contoh, Monk’s Hill Road, di mana blok-blok apartmen yang berfungsi sebagai kuarters pekerja bandaran semasa era penjajahan masih wujud, akan diubah menjadi taman 'linear' yang diapit oleh pokok-pokok matang dan bangunan warisan.

Di Paterson Road yang terletak berdekatan, pembangunan bersepadu baharu akan dibina di atas Stesen MRT Orchard, betul-betul di belakang pusat beli-belah Ion Orchard.
Pembangunan itu akan merangkumi 1,000 rumah privet, runcit, makanan dan minuman (F&B) serta ruang pejabat.
Menurut URA, para penduduk dan pengunjung boleh menjangkakan "barisan kedai" dari Stesen MRT menuju ke Orchard Road dan kawasan River Valley, serta ruang awam baharu.
Kawasan kejiranan ini juga akan mempunyai laluan berbasikal baharu yang menghubungkan Paterson Road dengan "koridor warisan" – termasuk jalan raya seperti Tiong Bahru Road, Scotts Road, Balestier Road dan Lavender Street – dan menjangkaui kawasan itu.

DOVER-MEDWAY
Gabungan rumah awam dan privet akan dibangunkan di Dover Road, disokong oleh kemudahan baharu dan ruang rekreasi. Terletak berhampiran hab perniagaan One-North, kejiranan baharu itu akan memberi perkhidmatan kepada penduduk yang bekerja dalam sektor infokom, teknologi, media dan bioperubatan.
Pembangunan akan berkembang secara berperingkat, dengan sekitar 6,000 rumah awam dan privet di bawah fasa pertama.
Mediapolis di One-North juga akan menyaksikan perumahan baharu - berkemungkinan 5,000 rumah privet - berhampiran estet Wessex, Rail Corridor dan One-North Park, menyediakan penduduk dengan akses mudah ke alam semula jadi dan tapak warisan, kata URA.

BEKAS TAPAK SINGAPORE RACECOURSE
Bekas tapak lumba kuda Singapura di Kranji akan dibangunkan semula menjadi sebuah taman perumahan baharu berhampiran Koridor Alam Semula Jadi Kranji yang baharu. Kira-kira 14,000 rumah awam dan privet baharu akan dibina di sini, kata URA.
Penduduk masa depan akan dapat mengakses taman berhampiran, ruang masyarakat terbuka dan laluan air seperti Sungei Mandai dan Sungei Pang Sua.

LIMBUNGAN KAPAL SEMBAWANG
Berikutan pemindahan penggunaan semasa pada 2028, kawasan Limbungan Kapal Sembawang akan diubah menjadi daerah tepian air guna campur.
Pembangunan semula mungkin menyaksikan ruang pesisiran awam diwujudkan di kawasan bekas dermaga itu. Bangunan warisan dari asal usulnya sebagai pangkalan tentera laut British juga mungkin digunakan semula untuk kegunaan masyarakat sukan dan budaya, kata URA.
Jenis dan jumlah rumah yang akan dibina di situ masih sedang dikaji.

PANGKALAN UDARA PAYA LEBAR DAN DEFU
Apabila Pangkalan Udara Paya Lebar berpindah pada tahun 2030-an, kira-kira 800 hektar tanah – lima kali ganda saiz Toa Payoh – akan tersedia. Had ketinggian di kawasan sekitar juga akan dimansuhkan bagi membolehkan pembangunan lebih tinggi pada masa hadapan.
URA sebelum ini menyatakan bahawa ia akan dibangunkan menjadi sebuah bandar baharu dengan perumahan, kawasan rekreasi dan ruang kerja. Laluan pejalan kaki dan berbasikal, laluan kereta api baharu dan koridor keutamaan transit akan disepadukan ke dalam bandar tersebut.
Kawasan itu akan memperingati warisan penerbangannya dengan menggunakan semula bahagian landasan lama dan struktur lain.
Pembangunan akan dijalankan secara berperingkat, bermula dengan estet Defu terletak berdekatan di Hougang, yang akan diubah menjadi kejiranan "generasi baharu" di mana penduduk boleh mengakses perkhidmatan dan kemudahan penting dalam masa 10 minit berjalan kaki.
Jenis dan jumlah rumah yang akan dibina masih dikaji.
LEBIH BANYAK RUMAH DAN RUANG REKREASI MESRA WARGA EMAS
Draf Pelan Induk URA 2025 menggariskan strategi guna tanah yang akan membimbing pembangunan Singapura dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Ia disemak setiap lima tahun.
Di luar pembangunan perumahan baharu, pelan induk itu termasuk cadangan sejajar dengan matlamat perancangan jangka panjang seperti mempertingkatkan ruang rekreasi dalam kawasan kejiranan dan memelihara alam semula jadi dan ruang warisan.
Bagi rancangan untuk penduduk menua dengan tenang, lebih banyak pilihan hidup dibantu akan diperkenalkan, termasuk:
- Apartmen jagaan masyarakat, iaitu perumahan awam yang menyepadukan reka bentuk mesra warga emas dengan khidmat jagaan di lokasi dan perkhidmatan sosial
- Apartmen kediaman dibantu privet, yang pertama akan dibuka di Kovan's Parry Avenue pada awal 2026
URA berkata ia juga menerima maklum balas daripada rakyat Singapura untuk pilihan rekreasi yang lebih dimampui dan boleh diakses berhampiran rumah mereka.
Hab masyarakat bersepadu baharu dirancang untuk bandar-bandar seperti Woodlands, Yio Chu Kang dan Sengkang. Terletak berhampiran nadi pengangkutan, hab ini akan menggabungkan sukan, jagaan kesihatan, runcit dan rekreasi di bawah satu bumbung.

Enam projek sukan dalam kawasan-kawasan baharu itu sedang dijalankan di Chua Chu Kang, Keat Hong, Ulu Pandan, Whampoa, Tampines North dan Pasir Ris East.
URA turut mendedahkan bahawa ia juga sedang bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mengaktifkan ruang yang kurang digunakan untuk tujuan sosial dan rekreasi. Ini mungkin termasuk ruang di bawah jejambat MRT dan bumbung tempat letak kereta di taman perumahan awam. Satu contoh ialah jejambat MRT Bukit Gombak, yang telah dijadikan ruang untuk karya seni masyarakat.
Untuk meningkatkan ruang berjalan kaki dan ketersambungan, jambatan pejalan kaki dan berbasikal baharu akan dibina menjelang 2029 untuk menghubungkan Marina Centre dengan Bay East Garden.
Ia bertujuan untuk menyediakan pejalan kaki dan pengayuh basikal sambungan yang lebih langsung antara bandar dan East Coast di sepanjang Laluan Keliling Pulau, kata URA.
Berucap semasa melancarkan pameran untuk draf pelan induk itu, Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata: "Sedang kami terus merangka rancangan jangka panjang untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk Singapura, kita juga mesti kekal berdaya tahan dan terus memperhalusi rancangan guna tanah kami untuk menangani cabaran baharu."
Cabaran-cabaran ini mungkin termasuk:
- Menyesuaikan diri dengan ekonomi global yang lebih tidak menentu di mana aktiviti perniagaan dan rantaian bekalan boleh mengalami perubahan selanjutnya
- Bersedia menghadapi kesan perubahan iklim
- Memenuhi permintaan perumahan yang lebih kukuh daripada rakyat Singapura
- Menyegarkan semula bandar dan estet lama
Menangani cabaran-cabaran ini memerlukan "usaha bersepadu" oleh pemerintah, pihak-pihak berkepentingan dan semua rakyat Singapura, tambahnya.
"Sepanjang perjalanan, akan ada beberapa kesulitan yang perlu kami bincangkan dan mencari jalan untuk mencapai keseimbangan yang teliti. Kami juga akan meneroka teknologi baharu, idea reka bentuk baharu dan pendekatan baharu, yang boleh membuka lebih banyak peluang untuk mencapai matlamat kami."
Encik Chee juga menarik perhatian bahawa URA melibatkan hampir 220,000 warga Singapura sejak mengadakan perundingan awam untuk melakar pelan induk terkini bermula pada Oktober 2023, menjadikan ia "pendampingan paling meluas yang telah dijalankan oleh URA setakat ini".
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura yang telah berkongsi dengan kami pelbagai idea... Kami sangat menghargai saranan anda, cadangan anda, idea anda dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan anda semua untuk membentuk rancangan masa depan kita."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.