80,000 pekerjaan dengan gaji lumayan bakal diwujudkan dalam sektor infokom jelang 2025
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan)
SINGAPURA: Singapura mahu mewujudkan kira-kira 80,000 pekerjaan dengan gaji yang lumayan dalam sektor maklumat dan perhubungan menjelang tahun 2025.
Ia merupakan sebahagian daripada Perancangan Perubahan Industri yang diperbaharui, dengan memberi tumpuan kepada bidang-bidang teknologi tertentu seperti sofwe, sektor online dan khidmat telekom.
Berucap di majlis jamuan malam ulang tahun ke-55 Persatuan Komputer Singapura pada Jumaat malam (5 Mei), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata matlamatnya untuk mencapai kadar pertumbuhan purata 5 hingga 7 peratus setahun dalam bidang-bidang itu, antara tahun 2021 hingga 2025.
Singapura juga, kata DPM Wong, akan menarik lebih banyak syarikat teknologi sejagat, bertapak di sini.
Di samping itu, Singapura akan membangunkan keupayaannya dalam bidang-bidang teknologi utama seperti Kecerdasan Buatan (AI).
Sehubungan dengan itu, DPM Wong menggalakkan semua majikan meluaskan cara pengambilan pekerja dan memberi tumpuan kepada penilaian berdasarkan kemahiran, tidak setakat pencapaian akademik.
Encik Wong berkata: "Disebalik tekanan yang dihadapi industri pada masa ini, kami masih boleh mengharungi masa depan dengan yakin sedang kami berusaha untuk mengukuhkan kedudukan daya saing Singapura sebagai hab digital yang inovatif dan dipercayai untuk rantau ini dan dunia."

Sumber : AGENCIES/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.